(GAMBAR) 13,000 Peserta Sertai Perbarisan di Seremban

Share on Facebook
Tweet on Twitter

SEREMBAN - Sebanyak 110 kontinjen terdiri daripada hampir 13,000 peserta, menyertai perbarisan sambutan Hari Kebangsaan Ke-60 peringkat negeri di Padang Majlis Perbandaran Seremban di sini, semalam.

Perbarisan terdiri daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun, pasukan beruniform, pelajar sekolah, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), veteran tentera, pasukan keselamatan dan syarikat swasta.

Acara dimeriahkan lagi dengan kehadiran lebih 15,000 orang yang datang seawal jam 7 pagi bersama-sama keluarga.

Acara bermula dengan Kawalan Kehormatan Utama memberi Hormat Diraja kepada Keberangkatan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Turut berkenan berangkat ialah Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Yang turut hadir Undang Luak Sungai Ujong, Datuk Mubarak Dohak; Undang Luak Rembau, Datuk Muhamad Sharip Othman; Undang Luak Johol, Datuk Muhammad Abdullah; Tengku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus al-Qadri dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sumber - Berita Harian Online (31 Ogos 2017 | 1:25pm)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.