Santapan Pagi Di Kodai Sarapan D Sawah, Kuala Pilah

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

Kalau anda ke Kuala Pilah terutamanya waktu pagi, jangan lupa singgah dulu sarapan pagi di Kodai Sarapan D’Sawah ini. Memang ‘sodap’ (sedap) menu pagi disini ditambah pula suasana yang begitu menarik dan nyaman.

Lokasi Kodai Sarapan D’Sawah

Kodai Sarapan D’Sawah milik Pakcik Ahmadiah Jaamat yang terletak di Kampung Ulu Bendul Tanjung Ipoh, Kuala Pilah ini antara kedai sarapan pagi yang popular di Kuala Pilah. Lebih jelas lagi ia terletak di sebelah kiri jalan lurus dari Ulu Bendul menuju ke Kuala Pilah selepas Kawasan Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul (Klik disini untuk lokasi).

Lokasi kedai makan ini memamg menarik. Mana tidaknya, kiri kanan kedai makan ini, terbentang luas sawah padi dengan pemandangan bukit bukau di sekelilingnya. Makan dan minum sambil mengadap sawah dan bukit menikmati keindahan ciptaan Ilahi dalam suasana damai sambil mengambil udara kampung yang nyaman dan tenang. Subhanallah! Memang seronok rasanya.
Kalau anda mengunjungi kedai makan ni pada hunjung minggu pula, pasti penuh dengan geng-geng ‘bikers’ dan kereta-kereta orang luar yang menjadikan tempat persinggahan bersarapan di sini. Bila musim padi yang sedang ranum masak atau menguning untuk dituai, pasti indah sekali untuk kembali bersarapan di sini lagi.

Kodai Sarapan D’Sawah

Lokasi berhampiran dengan Sawah Padi serta bukit-bukau disekelilingnya memberikan suasana yang menarik dan nyaman

Apa yang syok sarapan atau minum-minum di sini? Kata orang nogori, lebih tepat lagi orang Kuala Pilah makanan di sini memang ‘sodap’. Katanya roti canai dan nasi lemak berlauk sini sangat istimewa rasanya. Roti canainya bukanlah seperti anda makan di kedai-kedai mamak. Rotinya lebih garing dan padu (tak tahu nak gambarkan macam mana).

Antara lauk pauk yang dihidangkan bersama nasi lemak pula ialah redang ayam, rendang daging, sambal sotong dan sebagainya. Disini juga menyediakan nasi lemak berwarna hijau yang semestinya lain daripada yang lain. Kalau yang nak sarapan selain daripada nasi lemak atau roti canai pun ada, antaranya seperti mee goreng, kuey teow goreng, bihun goreng, laksa utara dan sebagainya. Pendek kata semua menu sarapan pagi boleh dapat disini termasuklah kuih-muih. Apalagi, bolehlah jadikan tempat ini sebagai salah satu destinasi sarapan pagi di Kuala Pilah ya! Kedai ini dibuka setiap hari daripada pukul 7 pagi hingga 11 pagi.

Antara menu menarik yang terdapat disini

Pulut Sambal Petai pun ada dijual disini

Sumber - jomridesokmo.blogspot.my (17 May 2026); azyyatiliah.blogspot.my (19 May 2026); Gambar dari perkongsian akaun Facebook.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.