Negeri Sembilan Kini Fokus Pada Aksi Liga Perdana

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN, 11 Sept 2017 – Selepas tersingkir daripada saingan Piala Malaysia, Negeri Sembilan kini memberikan tumpuan sepenuhnya kepada saingan Liga Perdana, bermula 19 September ini dalam misi merealisasikan sasaran layak ke Liga Super, musim depan.

Pengendali pasukan itu, Mohd Asri Ninggal, berkata skuad bimbingannya perlu dimantapkan lagi terutama di bahagian serangan jika mahu memastikan kemenangan selepas deretan peluang pada perlawanan terakhir Kumpulan A Piala Malaysia menentang PKNP FC, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Sabtu lalu gagal dimanfaatkan untuk sekadar seri tanpa jaringan.

Negeri Sembilan Kini Fokus Pada Aksi Liga Perdana

PEMAIN Negeri Sembilan, Lee Andrew Tuck (tengah) diasak dua pemain PKNP FC, Mohd Irwan Syazmin Wahab (kiri) dan Ritus Krjauklis pada aksi Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi, kelmarin. – Foto BH

“Kami akan hadapi baki tiga perlawanan penting dalam liga menentang PKNP FC, UiTM FC dan Sabah. Bagi saya tiga perlawanan itu nanti adalah penentu perjuangan sebenar pasukan musim ini kerana ia akan menentukan sejauh mana impian kita untuk layak ke Liga Super musim depan akan tercapai,” kata Asri.

“Jika melihat kepada persembahan pada perlawanan menentang PKNP FC dalam aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Malaysia, nyata sekali kita perlu memantapkan lagi kekuatan pasukan jika mahu memastikan kita dapat menamatkan baki tiga perlawanan liga itu dengan keputusan yang cemerlang.”

Negeri Sembilan kini menduduki tangga ketiga carta Liga Perdana dengan 38 mata manakala Kuala Lumpur dan Terengganu yang mendominasi dua tangga teratas, masing-masing mengumpul 41 mata.

Skuad Hobin Jang Hobin bakal menentang PKNP FC di gelanggang lawan, 19 September ini.

“Pemain tidak boleh lagi mensia-siakan setiap peluang menjaringkan gol kerana hanya dengan kemenangan saja dalam ketiga-tiga perlawanan itu yang akan mampu memenuhi impian ditetapkan,” katanya.

Asri turut berharap dapat mempertaruhkan gandingan Bruno Suzuki dan Jonathan Behe bagi mengemudi jentera serangan pada ketiga-tiga aksi itu nanti.

“Saya harap Behe dapat kembali dalam kesebelasan utama pasukan pada perlawanan itu nanti manakala pemain lain bebas daripada kecederaan. Ini misi besar kita dan saya yakin jika semua pemain dapat tunjukkan komitmen tinggi serta kekuatan sebenar dalam pasukan, kejayaan serta impian yang kita sasarkan boleh dicapai,” katanya.

Sumber – Berita Harian Online (11 September 2017 | 3:38pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.