Laluan Utama Serta Alternatif Ke Negeri Sembilan

Papan tanda Selamat Datang Ke Negeri Sembilan ini mungkin anda dapat temuinya sekiranya anda memasuki sempadan Negeri Sembilan. Tidak kira lah anda daripada Selangor, Johor, Melaka mahupun Pahang. Ada pelbagai cara untuk anda ke negeri ini sama ada melalui Lebuhraya ataupun jalan alternatif. Walaubagaimanapun, ia bergantung kepada keselesaan anda untuk menggunakan mana-mana jalan yang sesuai untuk ke negeri ini.

selamat datang ke negeri sembilan

Bagi mereka yang berada di Kuala Lumpur atau Utara, mereka boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan turun di susur keluar Seremban, Port Dickson, Senawang atau Pedas Linggi. Begitu juga mereka yang berada di Timur terutamanya mereka yang tinggal di Kelatan atau Terengganu. Boleh menggunakan Lebuhraya Karak dan kemudiannya turun di susur keluar Gombak sebelum menggunakan Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Negeri Sembilan.

dari utara ke negeri sembilan /></p>
<p>Kepada mereka yang tinggal di Pahang terutamanya di sekitar Temerloh atau Bera, bolehlah menggunakan laluan alternatif lain iaitu melalui jalan raya Kuala Pilah – Senawang. Cara ini dapat mempercepatkan perjalanan mereka ke Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun, mereka yang mengutamakan keselesaan, bolehlah menggunakan Lebuhraya Karak sebagai laluan utama.</p>
<p><img class=

jalan alternatif kuala pilah senawang

Mereka yang tinggal di Johor atau Melaka, anda boleh menggunakan Lebuhraya Utara Selatan untuk ke Negeri Sembilan ataupun laluan alternatif lain melalui Kuala Linggi – Pasir Panjang menggunakan jalan pantai melalui Melaka.

dari selatan ke negeri sembilan

Sekiranya anda mempunyai cadangan laluan alternatif lain, bolehlah komen di bawah artikel ini. Mari sama-sama kita kongsikan untuk manfaat bersama =)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.