Jawapan Dari Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang

Semalam kami ada menceritakan mengenai isu pemecatan Kartunis Ujang daripada Majalah Komik Upin dan Ipin (Baca artikel sebelum ini disini)

Jawapan Daripada Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang

Menurut mesej pesanan ringkas yang dikongsikan oleh Ujang di ‘wall’ Facebooknya, pihak Nyla Sdn Bhd memohon maaf atas pemecatan tersebut memandangkan dia begitu terikat dengan Les Copaque yang memberikan lesen penerbitan kepadanya. Kerenah daripada Les Copaque memaksa syarikat penerbitan ini memecat Ibrahim Anon atau lebih dikenali dengan nama Ujang dalam masa 24 jam.

Jawapan Daripada Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang Jawapan Daripada Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang Jawapan Daripada Penerbit Komik Upin & Ipin Mengenai Isu Pemecatan Kartunis Ujang

Dari mesej tersebut pihak Nyla Sdn Bhd seperti tidak mampu berbuat apa-apa. Boleh dikatakan seperti “Lembu Yang Dicucuk Hidungnya”. Dalam masa yang sama, Ujang juga mengatakan ada juga desas-desus yang mengatakan bahawa ada nama-nama baru yang bakal menggantikan jawatan beliau sebagai Penasihat Komik dalam syarikat tersebut. Walaubagaimanapun dengan nada sedih Ujang memberitahu dia telah menghalalkan serta memaafkan apa yang berlaku kepada beliau. Dan dia berharap perbuatan seperti itu, tidak diulangi oleh syarikat ini pada masa akan datang.

Bagi kami apa yang dilakukan oleh syarikat ini kepada Ujang memang sememangnya tidak patut. Dari syarikat ini tidak tahu apa-apa hinggalah Ujang masuk dan melakukan perubahan kepada syarikat ini sehingga berjaya menerbitkan majalah komiknya sendiri sepatutnya beliau diberikan penghormatan. Orang cakap kalau “Kita Susah Sama-Sama, Kita Naik Pun Sama-Sama”. Walau apapun kami harap Ujang dapat bersabar dengan ujian tersebut. Mungkin rezekinya bukan disini, mungkin ditempat lain. Apa-apapun kami harap Ujang akan terus berkarya.

TERKINI. Jawapan daripada pihak Les Copaque kepada Malaysiakini, Les Copaque Production Nafi Arahkan Ujang Dipecat

Artikel berkaitan: Kartunis Ujang Dikhianati Sekali Lagi, Kali Ini Dengan Majalah Upin & Ipin Pula

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.