Nasib Kolam Terbiar Kesan Daripada Bangunan Terbengkalai Di Dataran Seremban

Bagi penduduk seremban atau sesiapa yang kerap berkunjung ke bandar ini, sudah pasti anda perasan akan kolam terbiar yang agak besar bersebelahan dengan Dataran Seremban dan KM Plaza, Seremban. Kolam yang wujud sejak 20 tahun yang lalu menjadi tanda tanya apakah nasib dan rancangan terhadap kolam terbiar ini pada masa akan datang.

Nasib Kolam Terbiar Kesan Daripada Bangunan Terbengkalai Di Dataran Seremban

Sebenarnya kawasan ini bukanlah diwujudkan semata-mata untuk menakung air, sebaliknya ia adalah projek terbengkalai yang wujud sejak tahun 1997 dimana pada pelan asalnya adalah untuk membangunkan bangunan pusat beli-belah serta menara hotel. Namun kegawatan ekonomi yang berlaku pada tahun tersebut telah memaksa pemaju untuk membatalkan hasrat untuk menyambung pembinaan bangunan tersebut sepenuhnya. Maka hasilnya adalah apa yang ada sekarang, dimana bangunan terbengkalai tersebut dipenuhi air dan terbentuk seperti sebuah kolam yang besar.

Namun dikatakan bangunan konkrit (bawah tanah) setinggi tiga tingkat yang terbengkalai itu memang saja dipenuhkan dengan air kerana ia bertujuan untuk memastikan konkrit pada bangunan terbengkalai tersebut tidak pecah akibat daripada tekanan bawah tanah disekelilingnya.

Nasib Kolam Terbiar Kesan Daripada Bangunan Terbengkalai Di Dataran Seremban

Mengikut laporan Sinar Harian bertarikh 21 Ogos 2014, sepatutnya kawasan tersebut disambung semula pembinaanya oleh pemilik yang baru cuma ada sedikit pindaan pada pelan pembangunan asalnya iaitu daripada menara Hotel kepada menara ‘Service Apartment’ memandangkan Seremban masih belum bersedia untuk menampung hotel yang mempunyai banyak bilik. Dikatakan pelan pembangunan menara ‘service department’ diyakini lebih mendapat sambutan.

Nasib Kolam Terbiar Kesan Daripada Bangunan Terbengkalai Di Dataran Seremban Nasib Kolam Terbiar Kesan Daripada Bangunan Terbengkalai Di Dataran Seremban Nasib Kolam Terbiar Kesan Daripada Bangunan Terbengkalai Di Dataran Seremban

Walaubagaimanapun, sehingga sekarang masih lagi tiada apa-apa pembangunan dijalankan disekitar kawasan tersebut. Kolam yang dikeringkan semula kini telahpun dipenuhi air kembali. Disini kami tertanya-tanya apakah kesudahan bangunan terbengkalai ini, adakah ia akan dibiarkan sehingga menjadi ikon kekal di bandar Seremban ini atau ada sebab lain projek ini tidak dapat disambung kembali.

Bukan apa, setakat ini terdapat beberapa kes kematian berlaku di kolam terbiar ini akibat daripada lemas. Dikhuatiri sekiranya lebih lama projek ini bertangguh, mungkin ramai yang menjadi mangsa. Mungkin bagi sesetengah orang yang tidak mengetahui mengenai kolam terbiar ini menyangka ia adalah cetek tapi hakikatnya dalamnya setinggi tiga tingkat bangunan.

Nasib Kolam Terbiar Kesan Daripada Bangunan Terbengkalai Di Dataran Seremban

Apapun diharap ada kesudahan untuk bagi cerita ini. Bukan apa, kolam ini terletak bersebelahan dengan Dataran Seremban. Ia sedikit sebanyak mencacatkan pemandangan sekitar Dataran ini.

Sumber – Sinar Harian Online (21 Ogos 2014), Kosmo Online (2 Ogos 2008), NST Online (2 May 2017)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.