Masalah Banjir Kilat Melanda Kuala Pilah Bakal Berakhir

KUALA PILAH, 18 Okt – Masalah banjir kilat yang melanda daerah ini selama lebih 10 tahun bakal berakhir setelah projek menaiktaraf sistem perparitan laluan Persekutuan 51 Seksyen 35 (Jalan Seremban – Kuala Pilah) berjumlah RM250,000 siap sepenuhnya hujung Oktober ini.

Masalah Banjir Kilat Melanda Kuala Pilah Bakal Berakhir

Banjir yang kerap berlaku di Kuala Pilah sejak akhir-akhirnya ini disebabkan hujan yang berpanjangan

Laluan tersebut meliputi persimpangan hadapan pasaraya Giant dan Kampung Sawah Liat, Ulu Bendul.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah (MDKP), Syahrul Nizam Saleh berkata, beliau sering menerima aduan daripada penduduk dan pengguna jalan raya berhubung kejadian banjir kilat yang sering berlaku gara-gara hujan berpanjangan.

“Setelah diteliti, antara lokasi yang paling kerap berlaku ialah di hadapan persimpangan pasaraya Giant dimana pada tahun ini telah berlaku sebanyak tiga kali banjir kilat dan kali terakhir pada 2 September lalu ketika perayaan Aidil Adha,”katanya.

Menurutnya, peruntukan projek disalurkan dari Kerajaan Persekutuan bagi menaiktaraf sistem perparitan dan penyelenggaraan.

Masalah Banjir Kilat Melanda Kuala Pilah Bakal Berakhir

Projek menaiktaraf sistem perparitan laluan Persekutuan 51 Seksyen 35 (Jalan Seremban – Kuala Pilah) berjumlah RM250,000, yang siap sepenuhnya hujung Oktober ini. – Foto Sinar Harian

“Projek di bawah kendalian oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Pilah kepada syarikat konsesi Jalan Persekutuan iaitu Selia Senggara Sdn Bhd bermula 2 Oktober lalu dan dijangka siap pada 31 Oktober dalam tempoh sebulan,” katanya.

Syahrul Nizam berkata demikian dalam sidang media projek menaiktaraf sistem perparitan laluan Persekutuan di hadapan pasaraya Giant, hari ini.

Hadir sama, Jurutera JKR daerah, Mohd Faizul Mohd Ali Hanafiah, wakil Jabatan Pengairan Saliran (JPS) Samsuddin Redza dan Ketua Polis Daerah, Superintenden Haslah Bachok.

Sumber – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (18 Oktober 2017)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.