Kereta Dibakar Hampir 10 Kali Dalam Tempoh Setahun

SEREMBAN, 11 Okt – “Saya tidak tahu apa salah dan dosa saya sehingga mereka sanggup melakukan sedemikian rupa,” kata pemilik bengkel kereta M Gobinathan, 47 yang kerugian lebih RM30,000 apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Ria miliknya dibakar individu tidak dikenali di rumahnya di Bandar Seremban Selatan, di sini, kelmarin.

Gobinathan berkata, kejadian jam 7.30 malam itu bukanlah pertama kali berlaku sebaliknya hampir 10 kali sejak setahun lalu.

Katanya, dia mengesyaki ia dilakukan sebuah kumpulan gengster yang berkait rapat dengan seorang pelanggannya.

“Saya mengusahakan bengkel kereta sejak 22 tahun lalu dan kejadian khianat bermula tahun lalu. Ia tercetus apabila saya meminta seorang pelanggan wanita membayar hutang RM150 selepas dia membeli mentol lampu kereta di bengkel ini,” katanya.

Kereta Dibakar Hampir 10 Kali Dalam Tempoh Setahun

Gobinathan mendakwa, disebabkan itu wanita terbabit memaklumkan kepada suaminya sebelum kumpulan gengster datang dan melakukan khianat.

“Sepanjang setahun, sudah empat kali bengkel saya dibakar. Lebih mengecewakan apabila rumah saya dipecah masuk sehingga kehilangan banyak barangan berharga,” katanya.

Tambahnya, dia dapat menahan individu yang memecah masuk rumahnya, tetapi dia dibelasah pula kumpulan berkenaan sehingga menerima 20 jahitan di kepala.

Menurut Gobinathan, enam bulan lalu dia rugi RM90,000 apabila lori Isuzu miliknya dibakar di hadapan rumahnya.

“Dalam kejadian terbaru malam tadi (kelmarin), saya sekali lagi diuji apabila MPV Naza Ria dibakar,” katanya yang menanggung kerugian lebih RM500,000 akibat semua perbuatan khianat terbabit.

Kereta Dibakar Hampir 10 Kali Dalam Tempoh Setahun

Berikutan kejadian itu, Gobinathan membuat laporan di Balai Polis Senawang, di sini, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh mengesahkan menerima laporan itu. Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat.

Sumber – Petikan berita daripada Harian Metro 11 Oktober 2017 | 6:23 AM)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.