Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan antara hotel bertaraf lima bintang di negara ini yang pastinya menjanjikan 1,001 pengalaman percutian yang indah bersama insan tersayang. Terletak kira-kira 120 kilometer dari Kuala Lumpur, Lexis Hibiscus merupakan pusat peranginan terapung yang menjadi mercu baharu kepada pelancong dengan konsep reka bentuk bunga raya.

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Sekiranya anda ingin merasai pengalaman percutian yang mewah di Negeri Sembilan. Ini adalah tempatnya. Ini kerana, hotel ini adalah satu-satunya di Port Dickson yang menyediakan kolam renang pada setiap biliknya selain daripada kemudahan sauna pada setiap bilik. Hotel ini menyediakan 639 vila dilengkapi kolam renang yang terdiri daripada 117 bilik menara dan 522 bilik vila atas air. Menarik bukan?

Untuk pengetahuan anda juga, hotel ini juga telah mencatat sejarah yang membanggakan bagi industri pelancongan Malaysia apabila dinobatkan Guiness World Records bagi dua kategori. Rekod pertama adalah bagi kategori Resort Kolam Renang Terbanyak (643) Di Dunia dan Resort Dengan Vila Di atas Air Terbanyak (522) di Dunia.

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Kakitangan Lexis Hibiscus Port Dickson bersama anugerah yang diterima sempena Majlis Penyerahan Plak oleh Guinness World Record di atas pencapaian Kolam Renang Terbanyak di 643 unit hotel dan Villa Atas Air Terbanyak di 522 unit hotel pada 14 March 2017 lalu.

Hotel yang menelan belanja hampir RM400 juta ini juga mencipta rekod baharu di negara ini dengan menjadi hotel pertama yang dilengkapi kolam renang bagi setiap biliknya dan bilik mandi wap untuk bersantai serta melakukan aktiviti bagi tujuan beristirehat.

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Jenis Bilik-Bilik

Disini dibahagikan kepada beberapa jenis bilik, daripada paling rendah sampailah paling tinggi. Tapi bilik harga yang paling murah boleh tahan jugalah harganya. Antara bilik-biliknya mengikut turutan harga ialah;

  1. Executive Pool Villa (RM700 – RM950)
  2. Premium Pool Villa (RM800 – RM1,000)
  3. Panorama Pool Villa (RM1,100 – RM1,300)
  4. Sky Pool Villa (RM950 – RM1,000)
  5. Imperial Suites (RM3,500 – keatas)
  6. Presindential Suites (Tak terkata harganya)

Executive Pool Villa merupakan unit yang paling laris dekat sini, mungkin disebabkan harganya yang rendah kalau hendak dibandingkan dengan jenis unit-unit yang lain. Untuk Executive Pool Villa ni terletak di bahagian Daun Bunga Raya manakala Premium Pool Villa pula terletak pada bahagian Kelopak Bunga Raya. Kedua-dua unit hampir sama cuma dari segi saiz villa dan view villa sahaja berbeza. Premium Pool Villa mempunyai harga sedikit mahal berbanding Executive Pool Villa. Mungkin disebabkan view dari bilik berkenaan jauh lebih cantik berbanding Executive Pool Villa.

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Untuk Panorama Pool Villa, Imperial Suites dan Presidential Suites pula terletak di bahagian Stigma Bunga Raya iaitu terletak selepas pada bahagian kelopak Bunga Raya. Harga unit ini pula semakin mahal apabila sampai ke hujung Stigma berkenaan iaitu bermula dengan Panorama Pool Villa, Imperial Suites dan Presendential Suites. Beza ketiga-tiga unit yang ini dengan dua unit yang tadi ialah mempunyai dalamannya yang terdiri daripada 2 buah bilik, ruang tamu dan ruang makan seperti sebuah rumah.

Sky Pool Villa pula terletak di blok menara iaitu terletak di kawasan yang sama di bahagian lobby. Sungguhpun ia tidak berada diatas air, tak bermakna unit ini adalah murah. Ia boleh dikatakan lebih mahal daripada Executive Pool Villa. Unit ini juga sama seperti unit-unit yang lain dimana didalamnya juga turut dilengkapi kolam renang dan sauna.

Kemudahan Yang Ada Di Lexis Hibiscus Port Dickson

Antara kemudahan yang boleh didapati disini adalah seperti perkhimatan shuttle buggy yang dapat membawa anda dan bagasi anda ke bilik anda. Jadi tidak perlulah anda jauh berjalan kaki ke bilik anda. Shuttle buggy ini beroperasi setiap hari dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 pagi dengan kekerapan 10-20 minit.

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Tempat-tempat makan pula memang banyak disini. Antaranya seperti Roselle Coffee House, UMI (restoran Jepun), Captain Lounge, Wave Dining dan lain-lain. Apapun jangan pula terperanjat melihat harga-harga makanan disini, kerana boleh tahan juga mahalnya. Tapi kalau rasa nak berjimat, anda bolehlah pergi luar dari hotel ini kerana disekitarnya juga ada restoran-restoran seafood yang boleh anda makan dengan harga berpatutan.

Kalau nak berjalan-jalan di sekitar hotel nanti jangan lupa pula berjalan di Hibiscus Walk, di mana terdapat gerai-gerai makanan yang menarik boleh anda pergi, jadi jangan lupa bawa dompet sekali takut risau terliur pula nanti. Sambil-sambil tu bolehlah bersantai di kerusi-kerusi yang disediakan oleh pihak hotel.

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Terdapat juga watersport bagi mereka yang suka akan aktiviti air di sini, memang sesuai untuk percutian bersama-sama rakan-rakan baik anda, atau bersama keluarga yang aktif. Selain itu, aktiviti riadah lain seperti berbasikal dan memanah juga turut disediakan.

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Namun begitu, pihak hotel melarang untuk membawa binatang peliharaan bersama selain daripada penggunaan drone di sekitar hotel. Yalah, cuba bayangkan tempat kita bercuti ada drone di sana sini, semasa tengah berendam di dalam kolam tiba-tiba ternampak pula drone, apa perasaan anda? Kan dah tak syok. Kena hormat juga tetamu-tetamu lain. kan?

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Tips Tempahan Bilik Di Lexis Hibiscus Port Dickson, Dengan Harga Berpatutan.

Apapun, hotel mewah ini mungkin agak mahal untuk anda bermalam. Tapi sekiranya anda bernasib baik, anda boleh mendapatkannya dengan harga yang lebih rendah cuma anda kena rajin sikit sahaja. Sekarang memang banyak laman-laman web yang menawarkan perkhidmatan tempahan hotel cuma nak mencari satu-satu memang jenuh lah. Jadi anda boleh gunakan laman web carian hotel seperti Trivago untuk membandingkan harga-harga yang terdapat pada laman-laman web tempahan hotel seperti Booking.com, Agoda.com, Expedia.com dan sebagainya. Jadi kerja anda pun lagi senang kan?

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Gunakan laman web carian hotel seperti Trivago untuk membanding harga hotel di bebarapa lamab web tempahan hotel yang lain.

Lexis Hibiscus Port Dickson, Hotel Paling Mewah Di Negeri Sembilan

Ataupun gunakan laman web tempahan yang disediakan hotel ini sendiri untuk melihat jadual tempahan harga bilik pada setiap hari.

Ataupun anda boleh ke laman web tempahan Lexis Hibiscus Port Dickson untuk mendapatkan jadual harga harian bilik-bilik yang terdapat disini. Dengan jadual itu anda dapat mengetahui berapa harga yang dikenakan bagi setiap bilik pada setiap hari. Cara ini memudahkan anda menjangka bila dan waktu sesuai untuk mendapatkan harga bilik yang rendah. Semoga Berjaya!

Sumber – www.lexishibiscuspd.com; arniesamsudin.com (09/09/2016); www.miazain.com (20/03/2017); www.mstar.com.my (14/03/2017)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.