(VIDEO) Dua Remaja Sanggup Gadai Nyawa Demi Swafoto

SEREMBAN, 15 Okt – Dua remaja perempuan dirakam duduk dan berswafoto di atas bumbung sebuah pasar raya di Kemayan Square atau Palm Mall di sini dan aksi mereka itu tersebar di laman sosial, Facebook sejak semalam.

Aksi dua remaja swafoto di atas bumbung sebuah pasar raya yang tular di media sosial.

Video berdurasi 25 saat itu dikongsi seorang netizen yang melahirkan rasa bimbang dengan aksi remaja terbabit kerana dilihat berbahaya. Bagaimanapun tidak dinyatakan dari mana video itu dirakam namun dipercayai dari sebuah bangunan berhampiran pasar raya berkenaan.

Dari rakaman video terbabit, remaja itu bukan sekadar duduk sambil ‘menikmati pemandangan’ sekeliling, tetapi turut berswafoto di mana seorang daripadanya dilihat berdiri.

Seorang netizen yang memberi komen menyifatkan aksi mereka berswafoto di atas bumbung bangunan itu adalah perbuatan gila kerana boleh mengancam nyawa sendiri.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya masih belum menerima sebarang laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak berhubung perkara itu.

Sumber – Petikan berita daripada Sinar Harian (15 OKTOBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.