Lelaki Ditahan Polis, Miliki Pelbagai Jenis Mercun

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

PORT DICKSON, 5 Feb - Seorang lelaki berusia 40 tahun ditahan polis berikutan memiliki pelbagai jenis mercun di tepi jalan di Pekan Lukut di sini, jam 11.30 pagi tadi.

Antara rampasan mercun dari kenderaan pacuan empat roda di Lukut Port Dickson. FOTO - Berita Harian

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Zainudin Ahmad, berkata pihaknya yang sedang menjalankan Ops Limau, mendapati suspek berkeadaan mencurigakan di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Katanya, pemeriksaan dilakukan menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api di dalam bonet kenderaan terbabit.

“Hasil soal siasat mendapati lelaki itu datang dari Rantau, Seremban untuk menjual mercun di Lukut. Ujian air kencing ke atasnya mendapati positif dadah. Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson untuk tindakan lanjut,” katanya.

Zainudin berkata, semua bahan letupan bernilai RM4,000 dirampas dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1967.

SUMBER - Petikan berita daripada Berita Harian Online (5 Februari 2018 | 8:47pm)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.