Menurut suatu kenyataan daripada akhbar tempatan, Kementerian Pendidikan telah menyenaraikan sejumlah 402 buah sekolah hotspot di seluruh negara. Sekolah hotspot ini merupakan sekolah yang terlibat dengan masalah disiplin, penyalahgunaan dadah, dan jenayah, serta kadar ketidakhadiran yang tinggi di kalangan pelajar sekolah.
Dalam suatu Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi menangani masalah di setiap sekolah yang tersenarai dalam senarai hotspot yang telah dikenal pasti di seluruh negara.
Dalam senarai berkenaan Negeri Sembilan mencatatkan negeri ke-3 mempunyai senarai sekolah paling banyak masalah disiplin iaitu sebanyak 40 buah sekolah. Sekolah paling tinggi dicatatkan adalah di selangor iaitu sebanyak 76 buah sekolah diikuti Johor dengan 63 sekolah. Walaubagaimanapun, berdasarkan senarai yang didedahkan, tiada satu pun sekolah di Sabah yang tersenarai.
Senarai sekolah itu dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori 1 (masalah displin) dan kategori 3 (masalah displin & dadah). Senarai itu dikeluarkan oleh Kementerian semasa mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Pelajar pada bulan Jun 2017 lalu yang turut disertai oleh wakil dari Polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, dan badan bukan kerajaan. Senarai sebenarnya dikatakan hanya sebagai rujukan dan kegunaan Kementerian dan Polis dalam pasukan mereka untuk membendung masalah berkenaan.
Justeru ibu bapa dinasihatkan untuk menyemak senarai sekolah hotspot bagi memastikan anak masing-masing tidak terlibat dengan masalah-masalah yang dinyatakan. Jika anak-anak terlibat dalam masalah tersebut, inilah masanya untuk membantu mereka.
Sumber - New Straits Times (17 Ogos 2017)
















