
Batu Bersurat yang bertarikh 1463 masihi ini ditemui di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan.Jika dihitung kembali tarikh tersebut, usianya seiring dengan kewujudan era Kesultanan Melaka. Ia ditulis dalam tulisan Jawi yang bercampur dengan skrip Kawi yang menunjukkan peralihan zaman Hindu-Buddha kepada zaman Islam. Ini disokong pula dengan faktor ciri bahasa Melayu yang digunakan ialah bahasa Melayu Kuno yang mula mengalami peralihan ke era klasik.
Memandangkan perkara di atas, prasasti (dokumen yang ditulis diatas bahan yang keras) ini memiliki nilai dan kepentingannya yang tersendiri, yakni bertindak sebagai ‘perakam masa’ bagi zaman peralihan Hindu-Buddha kepada zaman Islam. Sememangnya era Kesultanan Melaka menyaksikan peralihan daripada era Srivijaya kepada era kebangkitan kesultanan Melayu. Prasasti ini juga merakamkan penghijrahan masyarakat Minangkabau pada satu peringkat di zaman Kesultanan Melaka ke semenanjung.
Nota: Perhatikan gambar batu tersebut, ada satu lubang di bawah catatan batu tu. Menurut kepercayaan penduduk tempatan pada ketika itu, jika dimasukkan tangan ke dalam lubang tersebut, dipercayai boleh menyelesaikan pelbagai persoalan yang timbul pada ketika waktu itu. Dalam pada masa yang sama, Ia juga di gunakan untuk mendapat pengakuan penjenayah
Kini batu bersurat ini terletak di Makam Syeikh Ahmad Majnu di kompleks Pengkalan Kempas, berhampiran Port Dickson. J.G. de Casparis membaca tulisan ini dan diperturunkankan kembali kepada Prof Othman Mohd Yatim.
Nantikan sambungan entri akan datang dimana kami akan menceritakan serba sikit sejarah yang terdapat di Kompleks Pengkalan Kempas ini dan sejarah mengenai Syeikh Ahmad Majnu.


















