Sejarah Asal Usul Kampung Sungai Buloh, Jelebu

Share on Facebook
Tweet on Twitter

Kampung Sungai Buloh adalah sebuah kampung tradisi. Nama Kampung ini diambil daripada nama sebatang anak sungai yang mengalir di tengah kampung ini yang dipenuhi tumbuhan rumpun buloh di kiri dan kanan tebing pada ketika dahulu. Maka bersempena dengan keadaan itu, terhasil nama Kampung Sungai Buloh.

Lokasi Kampung Sungai Buloh, Simpang Durian, Jelebu

Dengan arahan pihak kerajaan British pada ketika itu, penduduk kampung ini yang asalnya dipindahkan dari Kg. Bemban ,Kg. Bemban Kanan , Kg. Bemban Kiri , Kg. En , Kg. Kerdau dan Kg. Sg. Dua ditempatkan ke satu kawasan berkelompok dikampung ini kerana keadaan darurat di zaman gerakan komunis di sekitar tahun 1945 – 1947.

Foto Erison J. Kambari

Sekitar tahun 1948-1950, penempatan ini telah dibuka menjadi sebuah kampung. Seramai 20-26 keluarga telah dipindahkan ketika itu dengan anggaran 150 orang lelaki/perempuan.

Akibat keganasan pihak komunis pada ketika itu, maka penduduk di sini dikawal di dalam satu penempatan berkurungan (berkelompok) di bawah sistem British. Satu Pondok Kawalan didirikan bagi mengawal keluar masuk penduduk dibawah pengawasan askar British dan askar Gurkha dan dibantu oleh pasukan Pengawal Kampung (Home Guard). Maka bermula dari itu balai polis telah diwujudkan di kampung ini dengan kekuatan 10 orang anggota.

Setelah pihak pengganas lari ke hutan – menjalankan gerakan di hutan Tanah Melayu, pihak British telah membuka satu penempatan baru dan dibahagi-bahagikan setiap seorang bekeluarga tanah seluah 1/8 ekar untuk tapak kediaman (50 ka x 100 ka).

Sawah Padi yang menguning di Kampung Sungai Buloh, Jelebu

Di bawah penempatan berkelompok, penempatan dibahagikan kepada lot berpetak-petak yang sama ukuran, duhubungkan dengan sebatang jalan kampung pada setiap dua lorong.

Pentadbiran British juga telah mewujudkan jawatan ketua kampung pada tahun 1950, dan sehingga kini telah digilirkanjawatan ketua kampung kepada 6 orang.

Sekarang bilangan rumah penduduk adalah sebanyak 243 buah rumah dengan kepadatan penduduk seramai 975 orang.

  1. Mohayan bin Hj. Salleh (1950 – 1962)
  2. Hj. Adnan bin Ahmad (1962 – 1970)
  3. Hj. Ahmat bin Mat Amin (1970 – 1980)
  4. Hj. Mohd Kassim bin Md. Yusof (1980 – 1997)
  5. Bahali bin Hj. Osman (1997 – 2014)
  6. Abd Malik bin Abd Rahman (2014 – kini)

Gazebo Bagonjong atau rekabentuk Minangkabau di Kampung Sungai Buloh,Jelebu

Sungai Teriang yang mengalir di Kampung Sungai Buloh,Jelebu

Masjid Jamek Kampung Sungai Buloh,
Jelebu

Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh

Balai Raya Kampung Sungai Buloh, Jelebu

Sumber - kgsungaibuloh.wordpress.com (Sejarah Kampung); Facebook Minangkabau Negeri 9 Malaysia (21 Ogos 2017); kgsgbulohsimpangdurian.blogspot.my (KEMUDAHAN LOGISTIK)

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.