
SEREMBAN 24 Jan. - Kerajaan negeri berusaha memperbanyak rumah mampu milik bagi membantu golongan berpendapatan rendah memiliki kediaman sendiri. Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini termasuk menambah beberapa Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).
Ia adalah termasuk projek PPR termasuk di Ladang Seliau dengan 100 unit rumah teres se tingkat di samping PPR Senawang dengan 420 unit rumah.
Beliau yang ditemuramah selepas merasmikan permulaan kerja PPR Rantau dekat sini berkata projek PPR Rantau dibangunkan di atas tanah seluas enam hektar dengan kos RM15.9 juta terdiri daripada 100 unit rumah teres satu tingkat itu merangkumi keluasan 700 kaki persegi termasuk tiga bilik tidur, dua bilik air, ruang tamu dan ruang dapur. Ia dilengkapi dengan kemudahan surau, tapak gerai, tadika, pusat komuniti dan gelanggang. Antara projek lain adalah PPR Ladang Tanah Merah di Telok Kemang, merangkumi 100 unit rumah serta PPR Rembau meliputi 452 unit. Ujarnya lagi kerajaan sentiasa berusaha menyediakan kemudahan perumahan terbaik terutama untuk rakyat berpendapatan rendah.
Sumber Utusan Online














