Atlet-Atlet Negeri Sembilan Yang Menempa Nama Dalam Sukan Sea 2017

Facebook
Twitter
Google+
Pinterest
WhatsApp

Sukan Sea 2017 akan melabuhkan tirai pada hari ini iaitu 30 Ogos 2017. Malaysia sekaligus menjadi juara keseluruhan bagi temasya sukan sea kali ini dengan mengutip sebanyak 140 emas (30 Ogos 2017 | 12:01 pagi) diikuti dengan Thailand dan Vietnam.

Pencapaian membanggakan apabila beberapa atlet dari Negeri Sembilan telah berjaya mengharumkan nama Malaysia dengan menempa nama dalam temasya Sukan Sea ke-29 kali ini. Disini kami senaraikan 6 atlet tersebut dan sekiranya ada kekurangan atau terlepas pandang, diharap anda dapat maklumkan kepada kami untuk kami menambah serta mengemaskini artikel ini.

Khairy Jamaluddin, 41

KJ merupakan menteri pertama di Malaysia yang bertanding dalam Sukan Sea. Beliau yang bertanding dalam acara Ekuestrian Polo telah berjaya memperoleh Emas setelah mengetepikan Thailand dengan Malaysia (9) dan Thailand (8) selepas tamat chukka ke-4. Kehebatan pasukan KJ dalam acara ini mendapat perhatian Sultan Johor sendiri apabila beliau dicabar oleh baginda untuk berlawan dengan pasukannya.

N. Thanabalan, 22

Thanabalan merupakan pemain yang menjadi perhatian utama dalam temasya Sukan Sea kali ini. Sungguhpun tidak berada dalam kesebelasan utama semasa awal permainan, tapi beliau berjaya menggunakan kesempatan yang diberikannya kepadanya dengan menjaringkan gol-gol penting yang membantu bola sepak Malaysia U22 melayakkan diri ke pusingan seterusnya. Sungguhpun beliau bersama pasukan tidak berjaya memperoleh Emas dalam aksi final menentang Thailand malam tadi (29 Ogos 2017) yang berkesudahan Malaysia (0) Thailand (1), aksi yang dipamerkan beliau bersama pasukan memang cukup membanggakan. Setakat ini, Thanabalan telah menjaringkan 4 Gol dalam acara bolasepak ini

Muhammad Irfan Shamsuddin, 22

Irfan merupakan atlet lempar cakera negara dan kemenangan beliau pada 22 Ogos 2017 lalu dengan catatan tertinggi sejauh 58.36m telah melayakkannya beliau memperoleh Emas pertama dalam olahraga buat negara. Sungguhpun mendapat Emas dalam Sukan Sea kali ini, Irfan tidak berjaya memecahkan rekod peribadi serta kebangsaannya iaitu semasa Kejohanan Olahraga Austrian Top Meeting 2017 pada Mei 2017 lalu sejauh 62.55m berikutan kecederaan fizikal yang dialaminya. Irfan berada di dalam kedudukan ke-41 dalam ranking dunia.

Phoon Eyin, 21

Atlet Wushu negera ini telah memperoleh 2 Perak dalam acara Sukan Sea-29 ini iaitu dalam acara Qiangshu dan Jianshu. Beliau menang tipis dalam acara Qiangshu iaitu dengan catatan 9.66 mata (beza 0.01 mata dengan atlet Vietnam, Duong Thuy Vi) dan acara Jianshu iaitu dengan catatan 9.63 mata (beza 0.04 mata dengan atlet Vietnam, Duong Thuy Vi). Eyin akan menghadapi lagi suatu acara besar iaitu Kejohanan Wushu Dunia 2017 di Kazan, Russia yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Sukan Sea-29 kali ini sedikit sebanyak membantu memperkemaskan lagi persembahan beliau pada acara akan datang.

Norliyana Kamaruddin, 26

Sungguhpun beliau tidak memenangi sebarang pingat dalam temasya Sukan Sea 2017 ini, beliau berjaya memecahkan rekod kebangsaan yang berusia 36 tahun dalam acara Heptatlon iaitu sebanyak 5,247 mata. Rekod tersebut mengatasi rekod 5,175 mata yang dilakukan oleh Datuk Zaiton Othman di Sukan Sea Manila 1981. Norliyana bagaimanapun berjaya menghabiskan acara itu di tempat keempat di belakang Sunisa Khotseemueang dari Thailand dengan jumlah 5,430 mata, Emilia Nova dari Indonesia dengan 5,386 mata dan Wassana Winatho juga dari Thailand dengan 5,288 mata.

Gan Hua Wei, 18

Hua Wei memenangi 2 emas dalam Sukan Sea 2017 kali ini iaitu dalam acara Rutin Solo Teknikal renang berirama iaitu sebanyak 73.8386 mata dan acara renang berirama rutin duet bebas dengan gandingannya bersama Zylane Lee iaitu sebanyak 76.3000 mata. Dalam acara Rutin Solo Teknikal renang berirama, kakak Hua Wei, Gan Zhen Yu turut bertanding dalam acara itu. Walaubagaimanapun ia sekadar berada di tempat keempat dengam mengumpul sebanyak 70.0292 mata. Temasya Sukan Sea ke-29 ini merupakan penyertaan beliau buat kali ke-2 selepas Singapura pada tahun 2015.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Orang Nogori
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.