66 Mangsa Banjir Terbaru Di Gemas

Share on Facebook
Tweet on Twitter

TAMPIN 25 Jan. - Seramai 66 penduduk di Taman Sungai Gemas dekat sini ditempatkan di pusat pemindahan di Dewan Gemas ekoran banjir yang melanda pagi tadi di Tampin.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Syed Ammar Syed Abbas berkata, mangsa yang melibatkan 14 keluarga di taman perumahan itu dipindahkan bermula pada pukul 2 pagi tadi.

Sementara itu, Jawatankuasa Pengurusan Bencana daerah berkata banjir tersebut berpunca daripada hujan lebat yang turun sejak dua hari lalu sehingga mengakibatkan paras air sungai di daerah ini meningkat.

Setakat ini hanya Taman Sungai Gemas yang terjejas manakala tiada jalan yang dinaiki air - Sumber Utusan Online.

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.