“Tuah ayam nampak di kaki, Tuah manusia tiada siapa tahu”. Itulah yang dapat kami gambarkan kepada atlet dari Negeri Sembilan ini, Gan Hua Wei menerima imbuhan khas daripada syarikat telekomunikasi terkenal Huawei atas kejayaan beliau meraih emas dalam Sukan Sea ke-29 ini.
Turut menerima imbuhan yang sama adalah pasangan renangnya iaitu Zylane Lee Yhing Huey dimana mereka berdua menerima tajaan telefon pintar Huawei jenis Nova 2 Plus edisi terbaharu.
Perkara tersebut diumumkan melalui media sosial oleh pengurus pemasaran Huawei Malaysia, Carmen Yong pada 24 Ogos 2017 lalu.
“Kami ucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet renang seirama Lee Yhing Huey dan Gan Hua Wei atas kecemerlangan mereka dalam Sukan Sea,” katanya di Facebook.
Gandingan Hua Wei dan Yhing Huey menyumbangkan pingat emas dalam acara duet rutin bebas renang beirama yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil 17 Ogos lalu.
Selepas kemenangan mereka, netizen mula mengaitkan namanya itu dengan syarikat telekomunikasi Huawei memandangkan kedua-duanya mempunyai sebutan yang sama.
Akhirnya, kata-kata netizen tersebut sememangnya menjadi realiti! Tahniah diucapkan kepada Gan Hua Wei.
Sumber - gempak.com (24 Ogos 2017 | 9:28 PM)














