Apa Signifikasi Replika Pos Surat Besar Ini Di Jalan Seremban, Tampin?

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Sekiranya anda dari Rembau atau Simpang Ampat melalui Jalan Seremban menghala ke Pekan Tampin. Anda akan terlihat sebuah replika Pos Surat agak besar berdekatan dengan BHP Petrol, Tampin. Bagi mereka yang dari sekitar Tampin ataupun orang-orang lama sudah pasti mengetahui makna tersirat daripada pembinaan replika ini. Bagi yang tidak tahu, kami ada butirannya disini.

Apa Signifikasi Replika Pos Surat Besar Ini Di Jalan Seremban, Tampin?

Lokasi Replika Pos Surat Besar di Jalan Seremban, Tampin

Dari sudut sejarah, memang replika ini tidak menggambarkan apa-apa maksud buat penduduk Tampin mahupun Negeri Sembilan tetapi replika surat yang tertulis No.66, Jalan Seremban, Tampin, Negeri Sembilan ini mempunyai kaitan dengan lagu yang pernah popular era-60 an suatu ketika dahulu.

Lagu popular bertajuk ‘Suratku Untukmu’ yang dinyanyikan oleh J. Sham atau Shamsuddin Jaafar, artis Pop Yeh Yeh era-60an ini dikatakan telah dicipta olehnya semasa dia tinggal di sebuah rumah bernombor 66 Jalan Seremban-Tampin. Idea mencipta lagu dan lirik lagu Suratku Untukmu itu terbit semasa dia menyewa selama tiga tahun di sana (1966 – 1969). Penciptaan lagu tersebut telah berjaya melonjakkan namanya sebagai penyanyi pop yeh-yeh pada tahun 1960-an.

Apa Signifikasi Replika Pos Surat Besar Ini Di Jalan Seremban, Tampin?

Cover lagu ‘Suratku Untukmu’ nyayian J.Sham

Apa Signifikasi Replika Pos Surat Besar Ini Di Jalan Seremban, Tampin?

Gambar sekarang J.Sham atau nama sebenarnya Shamsuddin Jaafar

Pada ketika itu, J. Sham masih belum berkahwin dan dia menyanyi secara sambilan sahaja memandangkan dia juga adalah seorang guru sepenuh masa di Sekolah Menengah Datuk Taha, Gemenceh, Negeri Sembilan. Dia mula berjinak-jinak dalam bidang nyanyian pada tahun 1966 sehinggalah lonjakan irama Pop Yeh Yeh yang sedang hangat pada ketika itu meluap-luapkan lagi semangatnya untuk terus terbabit dalam bidang muzik.

Buat J. Sham, lagu yang dikatakan antara terawal pernah diciptanya ini sememangnya masih malar segar sehingga sekarang. Ia cukup memberi nostalgia buat dirinya malah buat mereka yang berada semasa zaman kegemilangan Pop Yeh Yeh lagi.

Walaupun yang pasti, perkaitan lagu yang pernah popular ini dengan nama Tampin, Negeri Sembilan sudah cukup membanggakan. Tak salah replika ini dibina bagi mengingati nostalgia lama supaya ia segar di ingatan.

Apa Signifikasi Replika Pos Surat Besar Ini Di Jalan Seremban, Tampin?

Replika Post Surat Beasr yang diubahsuai semula – Foto dari Facebook Abdul Hamid Sulaiman

Lagu ‘Suratku Untukmu’

Sumber – Utusan Online (17 Disember 2011).

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.