Kisah Disebalik Hero Baru Skuad B-22 Kebangsaan, N Thanabalan

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Bila sebut nama-nama seperti Jafri Firdaus Chew, Syafiq Ahmad, S Kumaahran, sudah pasti ramai yang mengenali pemain-pemain ini, malah mereka juga antara penyerang meningkat naik yang kerap menjadi pilihan jurulatih dan juga para peminat bolasepak tempatan.

Kisah Disebalik Hero Baru Skuad B-22 Kebangsaan, N Thanabalan

Namun, mungkin ada antara kita yang secara tidak sengaja telah meminggirkan satu nama yang sejak akhir-akhir ini menjadi ‘wira tak didendang’ buat skuad B-22 kebangsaan iaitu N. Thanabalan, 22. Beliau yang berasal dari Kampung Sagga, Rantau, Negeri Sembilan ini berjaya mencuri tumpuan rakyat Malaysia dalam Sukan Sea 2017 ini apabila ledakan 2 golnya membantu Malaysia memenangi perlawanan dengan Myanmar malam kelmarin (21 Ogos 2017).

Ketua jurulatih skuad B-22 kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee diketahui sememangnya menggemari rangkaian tiga serangkai di jentera serangan. Antara penyerang yang sering tersenarai dalam kesebelasan utama di jentera serangan pada masa kini adalah, ‘rangkaian Pulau Mutiara’ iaitu Jafri Firdaus Chew, Syamer Kutty Abba dan S. Kumaahran serta rangkaian Jafri Firdaus Chew, S. Kumaahran dan Syafiq Ahmad.

Walaubagaimanapun, ketika siri perlawanan persahabatan di China pada bulan Jun yang lalu, N. Thanabalan adalah antara pemain yang menyerlah bersama-sama Syamer Kutty Abba, Jafri Firdaus Chew dan bekas kapten Frenz United yang kini beraksi bersama Felda United, Daniel Amer Norhisham.

Beraksi dalam ketiga-tiga aksi di China, Thanabalan turut menyumbang satu gol ketika menang tiga gol tanpa balas menentang pasukan simpanan Guangzhou Evergrande.

Sepanjang tahun 2017, Thanabalan telah menyumbang 9 gol daripada 23 gol yang telah dijaringkan oleh skuad muda negara dan aksinya ketika di kelayakan Kejohanan B-23 AFC 2018 paling mencuri tumpuan.

Kisah Disebalik Hero Baru Skuad B-22 Kebangsaan, N Thanabalan

Bijak dan rajin mencari ruang untuk mencipta peluang buat dirinya menjaringkan gol, mungkin itulah yang dapat diperkatakan mengenai penyerang berusia 22 tahun ini.

Namun, tidak ramai yang mengetahui sejak berusia 18 tahun, penyerang muda ini bergelut dengan masalah keluarga apabila terpaksa menjadi satu-satunya pencari rezeki buat keluarganya.

Ayahnya, S. Nadarajah lumpuh selepas mengalami kemalangan jalanraya empat tahun lalu. Beliau berharap dapat memikat hati Kim Swee untuk terpilih beraksi dalam Sukan SEA 2017 di tanahair sendiri.

Kisah Disebalik Hero Baru Skuad B-22 Kebangsaan, N Thanabalan

“Saya percaya prestasi yang baik akan meningkatkan profil saya dan meletakkan saya di landasan terbaik untuk meringankan beban kewangan keluarga saya,” ujar Thanabalan kepada akhbar The Star (18 Jun 2017).

“Sukar untuk serta-merta menyara keluarga kerana pendapatan saya sebagai pemain muda tidak banyak. Keadaan keluarga kini lebih baik tetapi matlamat saya adalah untuk memberikan yang lebih baik untuk keluarga saya,” ujarnya lagi yang kini menyara ibu dan dua adiknya.

Pemain Negeri Sembilan itu kini sedang beraksi secara pinjaman di Felcra FC bersama-sama kapten skuad B-22 kebangsaan, Adib Zainuddin. Dibawah bimbingan Roslee Md Derus. Felcra FC yang dibarisi majoriti pemain muda itu sedang bersaing dalam Piala FAM musim ini.

Kisah Disebalik Hero Baru Skuad B-22 Kebangsaan, N Thanabalan

Bergelut dengan kehidupan susah telah menjadi motivasi buat dirinya untuk berjaya. Bak kata papatah, ‘Yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang.’

Beliau sudah mempamerkan karakter seorang juara dengan aksi-aksi yang konsisten sejak akhir-akhir ini dan diharap ia akan terus berada di kesebelasan utama dalam perlawanan seterusnya

Sumber – semuanyabola.com (Al-Zaim Arzaman, 7 Ogos 2017); Utusan Online (21 Ogos 2017); Gambar dari perkongsian Facebook.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.