White House Di Seremban Negeri Sembilan

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Jika rakyat Amerika Syarikat berbangga dengan bangunan White House yang menjadi simbol pentadbiran Presiden mereka, Negeri Sembilan juga tidak kurang hebatnya dengan White House atau ‘Rumah Putih’ yang berhampiran dengan bulatan jalan Wisma Negeri.

rumah putih negeri sembilan

Mungkin ramai tidak tahu, di bangunan putih itulah pernah menjadi pusat pentadbir ketika penjajahan British dan juga merupakan pejabat kerajaan negeri sebelum ia berpindah ke bangunan baharu di Wisma Negeri sehingga kini. Selain daripada itu, ia juga pernah dijadikan perpustakaan negeri dan hari ini, menjadi salah satu mercu tanda penting di bandar Seremban.

rumah putih negeri sembilan

Menurut sejarah bangunan Rumah Putih yang terletak di Jalan Dato’ Hamzah mula dibina pada 1912 oleh Arthur Benison Hubback. Ia menggunakan batu bata sebagai bahan asas dan dilepa dengan simen sebagai kekemasan. Berbentuk memanjang dan beranjung, dan mengikut rekaan rupa bentuk bangunan British. Bagi kerangka atap, kayu digunakan sepenuhnya. Atap bangunan ini telah digantikan dengan yang baru. Sebelum ini, ia menggunakan atap genting. Bangunan ini kini menjadi hak milik Kerajaan Negeri Sembilan. Untuk pengetahuan anda, Stesen Keretapi Ipoh, Perak juga merupakan salah satu reka bentuk dari Arthur Benison Hubback.

rumah putih negeri sembilan

rumah putih negeri sembilan

rumah putih negeri sembilan

Selepas pejabat kerajaan negeri berpindah ke Wisma Negeri pada 1987, bangunan itu milik pejabat Perbadanan Perpustakaan Awam negeri (PPANS). Projek mengubahsuai dimulakan pada 29 Mac 1988 dengan peruntukan kerajaan persekutuan melalui Jabatan Perpustakaan Negara dan siap sepenuhnya pada Mei 1989, sebelum dibuka kepada orang ramai pada Ogos 1989. Sebelum PPANS berpindah di Bangunan Wisma Umno di Jalan Dato’ Sheikh Ahmad, ia sekali lagi dibaik pulih di bawah peruntukan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Perpindahan PPANS ke bangunan baru adalah disebabkan keadaan dan persekitaraan yang dilihat tidak sesuai untuk tempat itu dijadikan sebagai perpustakaan.

rumah putih negeri sembilan

rumah putih negeri sembilan

rumah putih negeri sembilan

Selain daripada itu, Rumah Putih ini juga pernah menempatkan pejabat menteri besar. Pejabat itu pernah diduduki dari Menteri Besar Negeri Sembilan yang pertama, Tun Abdul Malek Yusof sehingga Menteri Besar Negeri Sembilan ke-9, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dari 1982-1997 sebelum pejabat Menteri Besar berpindah ke Wisma Negeri.

rumah putih negeri sembilan

rumah putih negeri sembilan

rumah putih negeri sembilan

Sekiranya anda perasan, terdapat sebuah tugu peringatan di hadapan Rumah Putih itu. Ini kerana dahulunya kawasan bangunan ini pernah dijadikan tempat Hari Memperingati Pahlawan yang turut dihadiri oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

rumah putih negeri sembilan

rumah putih negeri sembilan

Bangunan rumah putih ini sememangnya mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri dan tidak hairanlah bangunan ini diwartakan oleh Jabatan Warisan Negara sebagai Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645).

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.