UTC Pertama Negeri Sembilan Bakal Dibuka

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN, 15 Nov – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Plaza Angsana, Ampangan, di sini, pada 30 November ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata kompleks UTC yang pertama di Negeri Sembilan itu akan memulakan operasinya selepas dirasmikan Perdana Menteri.

“Bangunan ini menempatkan pelbagai pejabat jabatan serta agensi kerajaan, yang membolehkan masyarakat mendapatkan perkhidmatan awam dengan mudah secara berpusat di satu lokasi.

“Pusat ini akan memberi banyak manfaat kepada masyarakat terutama di kawasan Ampangan, Paroi serta Kuala Pilah,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di Wisma Negeri, di sini, hari ini.

Mohamad berkata, projek Kerajaan Persekutuan itu adalah sebahagian daripada pelan transformasi negara (UTP) bagi kemudahan bersama.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (15 November 2017 | 5:38pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.