Undang Turut Berperanan Dalam Menuntut Kemerdekaan Negara

KUALA PILAH, 28 Ogos 2017 – Dalam proses menuntut kemerdekaan negara, masyarakat masa kini seakan terlupa dengan peranan Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin, kata Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah.

Beliau berkata semasa ingin menuntut kemerdekaan, residen British memanggil Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin untuk menyerahkan setiap jajahan masing-masing kerana Yamtuan Besar tidak boleh tandatangan seorang disebabkan negeri ini diperintah secara bersama.

Undang Turut Berperanan Dalam Menuntut Kemerdekaan Negara

Majlis Penutup Konvoi Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Pilah yang dihadiri Undang Luak Johol Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Datuk Muhammed Abdullah di Balai Undang Luak Johol di sini

“Hal ini dapat dibuktikan apabila Undang Luak Johol Manaf bin Tolok telah dipanggil untuk menandatangani pengisytiharan kemerdekaan pada tahun 1957 bersama dengan Undang Luak Sungai Ujong, Jelebu, Rembau dan Tunku Besar Tampin ketika itu.

“Penglibatan Undang Yang Empat dan Tuanku Besar Tampin ini tidak diketahui oleh golongan muda atau generasi Y bahawasanya pemimpin ini terlibat secara langsung dalam mengisytiharkan kemerdekaan tanah air,” katanya selepas Majlis Penutup Konvoi Jalur Gemilang Peringkat Daerah Kuala Pilah di Balai Undang Luak Johol di sini, hari ini.

Mohammed berkata pendekatan yang dibuat oleh pemimpin negeri adalah sangat baik dengan mengakhiri konvoi di balai ini kerana sejak dahulu semangat merdeka bermula dari istana termasuk juga di balai undang.

Sumber – Bernama (28 Ogos 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.