Turunkan Bahan Kempen Sebelum 23 Mei

SEREMBAN, 15 Mei – Setiap calon yang bertanding pada PRU14 diberi tempoh sehingga 23 Mei ini untuk menurunkan poster dan bahan kempen mereka.

Pengarah Undang-undang dan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Seremban (MPS), Hanizam Ahmad berkata, jika gagal berbuat demikian mereka bukan sahaja kehilangan wang deposit, malah berdepan tindakan dikenakan bayaran tambahan lain.

“Jadi, setiap calon yang bertanding, pastikan buat pembersihan bahan kempen dalam waktu ditetapkan.

“Masing-masing perlu bertanggungjawab terhadap poster, bendera, papan iklan dan lain-lain,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati 70 peratus bahan kempen itu masih ada di sekitar daerah ini.

“Dengan berbaki lapan hari lagi, kita harap mereka dapat beri kerjasama dengan menurunkannya dengan kadar segera,” katanya.

Tinjauan Sinar Harian di kawasan Dun Bukit Kepayang mendapati, masih terdapat beberapa bahan kempen yang masih belum dibersihkan.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (15 MEI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.