Tokong Tertua Di Negeri Sembilan Terbakar

SEREMBAN, 21 Jan – Sebuah tokong berusia 154 tahun dan merupakan antara tokong tertua di Negeri Sembilan, musnah dalam kebakaran, awal hari ini.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba negeri Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata dalam kejadian 4.53 pagi itu, bahagian dalam Tokong Then Sze yang terletak di Temiang dekat sini, musnah kira-kira 40 peratus.

“Sepasukan 13 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban tiba di lokasi kira-kira 30 minit selepas mendapat panggilan kecemasan. Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Tokong Tertua Di Negeri Sembilan Terbakar

Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan siasatan terhadap Tokong Then Tze yang terbakar awal pagi tadi di Bukit Temiang hari ini. Foto – Bernama

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tokong Then Sze atau turut dikenali sebagai Centipede Temple adalah sebuah tokong bersejarah di Seremban yang didirikan pada tahun 1864 dan menjadi sebuah daripada lokasi tumpuan pelancong.

SUMBER – Petikan berita daripada Bernama via Sinar Harian Online (21 JANUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.