Tilam, Kerusi, Meja Dalam Longkang Antara Punca Banjir Kilat

SEREMBAN, 12 Nov – Sampah besar termasuk tilam, kerusi dan meja yang tersekat pada tiang jambatan dalam longkang dikesan menjadi punca banjir kilat berhampiran Wisma UMNO di pusat bandar ini, kelmarin.

Tilam, Kerusi, Meja Dalam Longkang Antara Punca Banjir Kilat

Hujan lebat lebih tiga jam sejak 3 petang hari ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Bandar Seremban, dilanda banjir kilat.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang kecewa dengan sikap segelintir masyarakat tidak bertanggungjawab, berkata sisa pukal yang tersekat itu memerangkap lebih banyak sampah lain menyebabkan longkang tersumbat.

“Pemeriksaan mendapati, dua longkang besar berhampiran kawasan itu tersumbat ketika hujan lebat lebih dua jam, sekali gus mengakibatkan air melimpah, sedangkan aliran longkang lain di pusat bandar lancar.

“Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menyelenggara sistem perparitan secara berkala, namun jika sikap masyarakat yang membuang sampah ke longkang tidak berubah, banjir kilat tetap berulang,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang kelmarin, hujan lebat lebih dua jam menyebabkan beberapa kawasan di daerah ini, termasuk jalan berhampiran Wisma UMNO di pusat bandar, dilanda banjir kilat mencecah kedalaman 0.5 meter.

Sumber – Petikan daripada Berita Harian Online (12 November 2017 | 3:01pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.