The Malay Press, Penerbit Buku Terawal Di Negeri Sembilan

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

The Malay Press atau lebih dikenali sebagai Percetakan Melayu, Kuala Pilah ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Abdul Ghani Abdullah. Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press diterbit dan diedarkan sepenuhnya oleh The Sentosa Store yang juga terletak di Kuala Pilah.

The Malay Press, Penerbit Buku Terawal Di Negeri Sembilan

Antara buku yang pernah dicetak oleh The Malay Press, Kuala Pilah

Buku-buku dan majalah dari syarikat ini diedarkan ke seluruh Tanah Melayu, Singapura, Indonesia, Brunei dan Borneo pada ketika itu. Ia turut juga diedarkan ke wilayah penduduknya bertutur dalam bahasa melayu iaitu di Selatan Thailand serta di beberapa buah negara Asia Barat dimana pelajar Melayu menuntut disana.

Buku-buku yang dicetak oleh The Malay Press kebanyakannya buku bercorak agama, novel, buku pengetahuan dan pendidikan dan Majalah Juita. Antara Novel yang dicetak oleh The Malay Press ialah Anak Tiri karya Sulaiman S.S, Barisan Maut atau Perjuangan Dayang Masiah (1948) karya M. Hamzah, Berjanji Sehidup Semati dan Bermadu karya Salleh Ghani, Bermalam di Kota Bharu (1950) karya Abdul Aziz al-Hasni, Bermandi Darah di Sungai Johor atau Riwayat Hang Nadim Hulubalang Melayu karya Mashor Malaya, Darah dan Tanah Air (1984) karya Melan Abdullah, Darah Di Selat Melaka karya Ahmad Bakhtiar, Darah Mengalir di Kedah (1949) karya Yatim Lara, Dari Zaman ke Zaman (1947) karya Umi Suminar, Di Bawah Roda Penghidupan (1948) karya Abdullah Sidek, Empat Kali Jadi Janda (1951) karya Ahmady Asmara, Gadis Kabaret (1949) karya Imbang Jaya, Godaan Janda Muda (1950) karya Ismail al-Falah dan Hancur Hati karya Ahmad Bakhtiar.

The Malay Press, Penerbit Buku Terawal Di Negeri Sembilan

Mesin yang digunakan oleh Encik Hazman Hashim dari Syarikat Percetakan Gemilang, Kuala Pilah dikatakan dibeli daripada The Malay Press. Dan sehingga ke harini, mesin ini masih lagi boleh digunakan.

The Malay Press dapat bertahan buat beberapa lama sebagai pencetak kerana beberapa faktor. Pertama, kecekapan pengurusan dan dorongan rakan-rakan seperti Mohd. Yasin Pilah, Abdul Samad Idris, Ismaun, Ustaz Hashim Ghani dan Arif Ahmad. Kedua, percetakan ini sentiasa menerima sumbangan karya terutama karya sastera kreatif imaginatif dalam genre cerpen, puisi dan novel daripada beberapa orang pengarang yang aktif seperti Ahmad Bakhtiar, Yusuf Arshad, Salleh Ghani, Abu Samad Poto, Jamil Sulong, M. Hamzah, Sulaiman S.S, Melan Abdullah dan Mashor Malaya. Faktor ketiga pula adalah daripada sokongan-sokongan pembaca pada masa itu.

The Malay Press, Penerbit Buku Terawal Di Negeri Sembilan

Dikatakan syarikat The Malay Press suatu ketika dahulu beroperasi berdekatan dengan Pasar Kuala Pilah.

Walaupun The Malay Press terpaksa bersaing dengan percetakan lain yang ada pada waktu itu seperti Qalam (Singapura), The Annies Printing Works (Johor Bharu), The Jamilah Press (Muar), Geliga Ltd. (Singapura), The Teruna Press (Batu Pahat) dan The Sungai Ujung Press (Seremban), namun percetakan ini tetap dapat mempertahankan popularitinya. Sehinggalah pada awal tahun 1989, percetakan ini ditutup sepenuhnya akibat masalah dalaman.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.