Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan

Penubuhan Muzium Adat yang pertama seumpamanya di Malaysia ini adalah cetusan idea Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ia merupakan muzium pertama, yang menghimpunkan maklumat pelbagai amalan adat masyarakat di Malaysia. Muzium Adat di Kuala Klawang, Jelebu ini terletak kira-kira 30km dari bandar Seremban.

Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan

Penekanan utama muzium ini adalah kepada kegiatan menghimpunkan beberapa aspek kehidupan masyarakat Malaysia yang dikenali sebagai adat bersesuaian dengan imej dan identiti Negeri Sembilan sebagai ‘Tanah Beradat’ Satu segmen khas tentang Adat Perpatih turut dipaparkan kepada umum disamping artifak-artifak adat yang lain.

Muzium ini memperagakan sebanyak 258 buah koleksi yang terdiri daripada artifak kebudayaan yang dikategori mengikut fungsi seperti kegunaan harian, kegunaan pertanian, upacara ritual, adat kelahiran, perkahwinan, adat berkhatan, adat cukur jambul, adat kematian dan muzik tradisional.

Muzium ini yang ditubuhkan sejak tahun 2005 dan dirasmikan pada 2 Februari 2008 ini terletak dalam bangunan empat tingkat di mana ia mempunyai empat buah galeri pameran iaitu galeri aras bawah, galeri aras satu, galeri aras dua dan galeri aras tiga manakala aras empat adalah pejabat.

Galeri Pertama – Pengenalan Adat Di Malaysia
Tumpuan diberikan kepada pengenalan dan konsep adat di Malaysia. Ia meliputi sejarah awal tercetusnya adat terbesar di Alam Melayu iaitu Adat Perpatih dan Temenggung menerusi replika Batu Batikam dan Batu Baling, artifak atau peralatan upacara adat serta pakaian adat dari pelbagai kaum di Malaysia.

Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan

Galeri Kedua – Kitar Hidup
Mempamerkan adat-adat yang dikaitkan dengan kitaran hidup manusia termasuk kelahiran, perkahwinan, kematian dan kegiatan ekonomi serta amalan ritual seperti bobohizan, adat turun perahu, perubatan tradisional dan juga menifestasi adat menerusi peralatan muzik.

Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan

Galeri Ketiga – Tradisi Intelektual/Kerajaan dan Kuasa
Mempamerkan tentang kegiatan intelektual di istana dan rakyat dengan mempamerkan artifak seperti manuskrip dari Sejarah Melayu, Batu Bersurat Terengganu serta cerita-cerita rakyat. Di samping itu, di aras ini turut mempamerkan kedaulatan dan kekuasaan Raja-Raja Melayu dan pembesar tempatan. Ini dapat dilihat menerusi diorama Kerjan Undang Luak Jelebu.

Selain itu, terdapat juga artifak lain yang menjadi simbol kedaulatan seperti keris kuasa, tengkolok, sumber perundangan, singahsana Yang Dipertuan Agong pertama serta amalan undang-undang adat (native court) di Sarawak seperti orang Iban.

Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan

Galeri Keempat – Adat Perpatih
Mempamerkan segmen khusus tentang Adat Perpatih secara historikal yang bermula dari Sumatera (Alam Minangkabau) sehingga bertapak di Negeri Sembilan yang disokong dengan artifak seperti keris, tepak sireh, peti kayu untuk merantau, lesung indik, bujam epok dan lain-lain.

Selain itu, pada segmen ini turut memperlihatkan keutuhan dari Adat Perpatih dari sudut struktur sosial seperti Datuk Lembaga Berlapan, peranan Ibo Soko yang dimanifestasikan menerusi diorama dan artifak. Segmen Adat Perpatih turut menonjolkan tentang sistem tanah adat serta simbol ritual menerusi replika batu megalith, Pengkalan Kempas.

Terokai Muzium Adat Di Jelebu, Negeri Sembilan

Sesungguhnya, banyak yang dapat dipelajari dan diketahui di Muzium Adat ini. Bukan sahaja adat orang Melayu, tetapi bangsa yang lain juga seperti Cina, India, Kadazan, Dusun dan lain-lain lagi. Bagi yang ingin mencari kisah adat perpatih dan Negeri Sembilan Darul Khusus, disarankan untuk ke Muzium Adat ini. Muzium ini dibuka pada setiap hari dari pukul 9.00 pagi – 5.00 petang dan masuk adalah PERCUMA.

Sumber – denai.my (11/09/2014); lilyrianitravelholic.blogspot.my (18/09/2014); Utusan Online (25/01/2013); Facebook Tourism Malaysia Negeri Sembilan (THINGS TO DO – JELEBU)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.