Tapir Ditemui Di Ulu Bendul, Pemandu Digesa Berhati-hati

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

KUALA PILAH, 12 Mac – Haiwan hampir pupus mendapat jolokan ‘panda Malaysia’ sering ditemui di Jalan Seremban-Kuala Pilah lokasi Ulu Bendul.

Kehadiran binatang liar itu mula dikesan sejak dua tahun lalu di mana terdapat beberapa kali berlaku kemalangan jalan raya melibatkan seekor tapir.

Pada dua hari lalu, tular di media sosial seekor tapir dewasa dilihat berkeliaran pada jam 4 pagi berhampiran tempat pengambilan air bukit dengan jarak satu kilometer dari Taman Eco Rimba Ulu Bendul Gunung Angsi.

Kehadiran binatang liar yang agak jinak itu membuatkan ada pengguna memperlahankan kenderaan untuk mendekati tapir tersebut dan merakam gambar.

Menurut sumber, pengguna kenderaan sempat mengambil peluang memerhatikan gelagat serta pergerakan tapir berkenaan yang dipercayai sesat dari hutan berhampiran.

Katanya, tapir itu dilihat jinak dan tidak mempedulikan kehadiran manusia kemudian dipercayai memasuki hutan berhampiran.

Tapir Ditemui Di Ulu Bendul, Pemandu Digesa Berhati-hati

Tular penemuan seekor tapir di Jalan Seremban-Kuala Pilah di Ulu Bendul.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Negeri Sembilan, Wan Mat Wan Harun berkata, pihaknya telah menerima aduan tersebut mengenai kewujudan haiwan berkenaan.

“Kita telah pantau kawasan tersebut bagaimanapun, setibanya di kawasan berkenaan mendapati tapir tersebut sudah tiada. Berkemungkinan tapir itu telah memasuki ke hutan semula.

“Kita mohon pengguna jalan raya patuhi had laju kawasan tersebut, terutama ketika waktu malam dan awal pagi bagi mengelakkan berlaku pelanggaran dengan seekor tapir. Pengguna juga mesti patuhi papan lintasan hidupan liar yang telah dipasang oleh Perhilitan di kawasan berkenaan,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Pada Disember tahun lalu, seekor tapir mati setelah dirempuh sebuah kereta Toyota Camry jam 4.30 pagi di Ulu Bendul.

Tapir dewasa itu secara tiba-tiba melintas jalan dan pemandu kereta cuba mengelak namun tetap melanggar haiwan berkenaan.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Onlne(12 MAC 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.