Taman Rekreasi Jeram Panjang, Ibarat Serampang Dua Mata

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

PALONG, 20 Okt – Taman Rekreasi Jeram Panjang yang kini dikenali sebagai Taman Rekreasi D’ Amaya dalam proses dimajukan, sekali gus memberi manfaat kepada penduduk Jeram Panjang, amnya gugusan Felda Palong.

Adun Palong, Datuk Dr Lilah Yasin berkata, pembangunan utama di kawasan kampung ini bagi mengatasi masalah banjir.

“Kampung ini masalah besarnya banjir sejak sekian lama, jadi dalam kita menyelesaikan masalah banjir dimajukan juga taman rekreasi di sini.

“Sungai Jeram ini pula ada kisah tersendiri yang sejarahnya unik, maka tak salah kita laksanakan projek tebatan banjir sekali gus membangunkan pula taman ini yang dijangka membawa keuntungan ekonomi kepada penduduk setempat.

“Apabila dikaji, bila berlaku banjir, didapati sebuah rumah sahaja yang terjejas. Yang dipindahkan ketika banjir pun sebuah keluarga, namun yang tidak dapat bekerja ramai, termasuk sebahagian besarnya tak pergi sekolah,” katanya pada perasmian Karnival D’ Amaya Kampung Jeram Panjang, kelmarin.

Menurutnya, apa yang dapat disimpulkan masalah utamanya bukanlah banjir, sebaliknya terputus hubungan, jadi penyelesaian perlu dibuat sebelum ia menjadi semakin parah.

“Kerajaan melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah meluluskan peruntukan untuk membina penahan banjir bagi membangunkan Taman Rekreasi D’ Amaya ini. Pelantar bersimen di tepi sungai dibina menjadi lokasi menarik untuk pengunjung bersantai bersama keluarga,” katanya.

Terdahulu, Lilah turut merasmikan aktiviti yang berlangsung semasa karnival termasuklah, melepaskan anak ikan baung ke dalam Sungai Jeram, mengoca atas darat, tarik tali dan aktiviti lain.

Pengunjung yang juga penduduk Felda Palong 8, Fatimah Abd Hamid, 34, berkata, dia sangat teruja dapat mengoca ikan.

“Kawasan ini semakin dikenali dan saya sentiasa menyokong aktiviti yang dilaksanakan kerana ia memberikan manfaat kepada semua, khususnya buat penduduk,” katanya.

Taman Rekreasi Jeram Panjang,  Ibarat Serampang Dua Mata

Adun Palong, Datuk Dr Lilah Yasin merasmikan Karnival D’ Amaya dan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat DUN Palong 2017 telah berlangsung meriah di Taman Rekreasi D’ Amaya, Kg Jeram Panjang

Taman Rekreasi Jeram Panjang,  Ibarat Serampang Dua Mata

Taman Rekreasi Jeram Panjang,  Ibarat Serampang Dua Mata

Taman Rekreasi Jeram Panjang,  Ibarat Serampang Dua Mata

Sumber – Petikan berita daripada Sinar Harian (20 Oktober 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.