Siling Rumah Runtuh Selepas Sejam Pindah Ke Bilik Lain

SEREMBAN, 12 Feb – “Syukurlah saya sempat pindahkan anak-anak ke bilik lain, kalau tidak apalah nasib kami,” kata Mohd Zaidee Aziz, 36, yang berdepan detik cemas selepas plaster siling rumahnya di Bandar Warisan Puteri di sini, runtuh.

Siling Rumah Runtuh Selepas Sejam Pindah Ke Bilik Lain

Plaster siling rumah Mohd Zaidee runtuh.

Menceritakan kejadian itu, Mohd Zaidee berkata, sebelum kejadian, dia serta dua anaknya berusia lapan dan enam tahun sedang tidur di dalam bilik utama.

“Kira-kira jam 2.30 pagi, saya terjaga apabila terdengar bunyi retakan yang agak kuat pada plaster siling bilik dan ia kelihatan menakutkan.

“Bimbang keselamatan anak-anak, saya minta isteri yang baru masuk ke bilik untuk pindahkan mereka ke bilik lain. Selepas satu jam keseluruhan plaster siling dalam bilik itu runtuh dan ia disaksikan sendiri oleh isteri saya,” katanya.

Siling Rumah Runtuh Selepas Sejam Pindah Ke Bilik Lain

Plaster siling rumah Mohd Zaidee runtuh. FOTO – Sinar Harian

Menurutnya, dia kini bimbang akan keselamatannya sekeluarga kerana masalah sama turut berlaku di bilik lain rumahnya.

Malah katanya, sejak empat tahun tinggal di situ, turut berlaku jubin lantai rumahnya meletup dan bocor di merata-rata tempat.

“Saya tak boleh lagi berdiam diri kerana sekarang masalah ini sudah mengancam keselamatan saya sekeluarga. Malah, saya difahamkan masalah ini turut berlaku di rumah jiran-jiran lain.

“Pihak pemaju sudah dimaklumkan dan memang nak bertanggungjawab. Tapi sampai bila kami nak alami masalah macam ini dan saya betul-betul kecewa,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (12 FEBRUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.