Sejarah & Asal Usul Nama Kampung Penajis, Rembau

Penajis merupakan sebuah kampung yang terletak di dalam daerah Rembau, Negeri Sembilan. Bagi mereka yang tidak tahu sejarah asal usul bagaimana kampung ini mendapat nama, mungkin beranggapan namanya diperoleh daripada benda yang kotor (najis). Sebenarnya ia bukanlah apa yang digambarkan dan disini kami ingin menceritakan asal usul nama Kampung Penajis, Rembau ini.

Sejarah & Asal Usul Nama Kampung Penajis, Rembau

Kampung Penajis merupakan tempat dimana Raja Melewar yang berasal dari Minangkabau telah ditabalkan sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang pertama pada tahun 1773 oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak di Kampung Penajis, Rembau. Begitu juga dengan 4 Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang lain iaitu Raja Hitam 1 (1795), Raja Lenggang Laut (1808) dan Raja Labu atau Yamtuan Sati (1826) turut ditabalkan di kampung ini.

Begitu signifikan sekali Penajis di Negeri Sembilan ini. Tapi nama Kampung Penajis seakan-akan tenggelam. Mungkin ada pihak yang malu untuk mempromosikan nama Kampung Penajis dan kaitannya dengan pembentukan awal kerajaan Negeri Sembilan.

Sejarah & Asal Usul Nama Kampung Penajis, Rembau

Kenapa ianya diberi nama Penajis atau asal usul Penajis tidaklah diketahui umum. Akan tetapi menurut bahasa Sanskrit, “Tajeh” berasal dari suku kata Taj yang bermaksud mahkota. Barangkali Penajeh bermaksud orang yang memakai mahkota atau orang yang dimahkotakan.

Tetapi menurut sejarah, nama asal kampung ini ialah Kampung Penajuh bersempena nama peneroka kampung ini iaitu Datuk Najuh. Menurut catatan Tun Seri Lanang (1612), tempat ini disebut sebagai Penajuh. Resende pada sekitar tahun 1638 menamakannya sebagai Panagim. Bort, Gabenor Belanda di Melaka, dalam laporannya (1678) telah menggunakan tiga variasi ejaan kepada nama sungai ini, iaitu Panagie, Pannage dan Pannagie.

Sejarah & Asal Usul Nama Kampung Penajis, Rembau

Untuk pengetahuan anda sebelum kedatangan Inggeris, Sungai Linggi yang mengalir dari pedalaman Rembau yang ada sekarang ini dikenali sebagai Sungai Penajuh atau Panagim. Terdapat sebuah peta yang menunjukkan Kuala Penajoh dan Sungai Penajoh yang dilukiskan oleh d’Eradia pada tahun 1613. Orang Portugis tersebut menamakan Sungai Penajoh itu sebagai Rio de Penagim. Kuala Penajuh (Sekarang Kuala Linggi) adalah merupakan pintu masuk bagi peneroka Sumatera ke Rembau dan Naning sejak abad ke-12 sehingga abad ke-17 lagi. Walaubagaimapanapun, pada sekitar tahun 1830an, nama Penajuh atau Panagim telah ditukar kepada Linggi oleh Kerajaan Inggeris.

Sehubungan dengan itu pada pendapat kami, mungkin kerajaan Negeri Sembilan atau Kementerian yang berkaitan boleh mengkaji semula akan kepentingan Kampung Penajis dalam sistem pemerintahan raja berpelembagaan di negeri ini. Malah adalah lebih baik Kampung Penajis ini bukannya ditukar nama, akan tetapi ditukar ejaan ke Kampung Penajeh melambangkan tempat Yam Tuan yang pertama dimahkotakan. Apa pendapat anda pula?

Sejarah & Asal Usul Nama Kampung Penajis, Rembau

Sumber – Artikel ASAL USUL PENAJIS REMBAU N.SEMBILAN (Rozmal bin Malakan); Negeri Yang Sembilan, Daerah Kecil Pusaka Adat Warisan Kerajaan Berdaulat (Norhalim Hj. Ibrahim)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.