Sejarah Asal Usul Johol Dan Undang Johol

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Johol adalah sebuah luak (kawasan/daerah) adat di Negeri Sembilan. Luak ini terletak di bahagian tenggara Negeri Sembilan yang meliputi kawasan Gemencheh, Gemas, Pasir Besar, Air Kuning Selatan, Kepis, Dangi, Selaru, Johol dan Palong. Daripada segi pentadbiran pula Johol ini terletak dibawah pentadbiran daerah Kuala Pilah, Tampin dan Jempol. Rata-rata penduduk adalah petani, bekerja kampung dan kakitangan kerajaan.

sejarah asal usul johol dan undang johol

Menurut penulisan buku “Sejarah Negeri Sembilan” karya Buyong Adil. Sebelum kedatangan orang Minangkabau ke Negeri Sembilan, luak ini didiami oleh orang Biduanda. Ketua mereka bergelar Batin dan pembantunya bernama Jenang. Ketua orang Biduanda yang mula – mula meneroka luak Johol ialah seorang perempuan yang dikenal dengan nama Nenek Kerbau. Tidak lama kemudian, seorang Orang Besar dari Minangkabau bernama Datuk Melengkar Alam dan isterinya bernama Tok Koyan telah datang ke Negeri Sembilan lalu menetap di tempat yang bernama Pasir Besar. Di situlah mereka beroleh seorang anak lelaki dinamakan Johol. Setelah Johol dewasa ia telah diberi gelaran oleh Sultan Johor gelaran ’Johan Pahlawan Lela Perkasa.’

sejarah asal usul johol dan undang johol

Dari Pasir Besar, Johan Pahlawan Perkasa berpindah ke tempat yang bernama Air Keruh @ Sungai Keruh (Nama Johol ketika itu) lalu berkahwin dengan Nenek Kerbau, ketua orang Biduanda. Pasangan ini kemudiannya beroleh seorang anak perempuan yang dinamakan Puteri Kunun. Nenek Kerbau telah memerintah di luak Johol termasuk Seri Menanti, Jempul dan Hulu Muar dengan dibantu oleh suaminya Johan Pahlawan Lela Perkasa yang diberi delaran Datuk Johol. Datuk Johol ini telah menggalakkan orang dari Minangkabau untuk tinggal di Johol.

sejarah asal usul johol dan undang johol

Setelah Sultan Johor Sultan Mahmud Shah II mangkat* pada 1699, Datuk Johol telah menjemput Bendahara Sekudai bernama Liman datang ke Johol. Dalam perjalanan bendahara tersebut telah membuka dan menawan beberapa kawasan baru. Akhirnya pada tahun 1720 beliau telah sampai ke Ulu Tanggai yang terletak di Johol. Beliau kemudiannya telah dikahwinkan dengan Puteri Kunun iaitu anak Nenek Kerbau dan Datuk Johol. Puteri Kunun telah memeluk Islam dan memakai nama Siti Hawa.

Oleh sebab, Siti Hawa merupakan pemerintah di abad 18 pada ketika itu, maka beliau telah diwajibkan memperlengkapkan diri dengan amalan kebatinan dengan menuntut menerusi pertapaan di pergunungan. Beliau memilih Gunung Rembau menjadi destinasi menuntut ilmu kebatinan tersebut, hingga diberi gelaran Siti Awan berdasarkan secara amali beliau sering menetap di pergunungan berbulan – bulan. Setelah Datuk Johol meninggal dunia, Siti Awan yang bergelar ` Dato’ Johan Lela Perkasa Sitiawan’ telah menggelarkan dirinya Datuk Undang pada tahun 1723 dan dialah Datuk Undang Johol yang pertama.

sejarah asal usul johol dan undang johol

Setelah menjadi ketua pemerintah di luak Johol selama lebih kurang dua puluh empat tahun, pada tahun 1747 Datuk Puteri Siti Awan pun meninggal dunia. Jenazahnya dikebumikan di tempat yang sekarang bernama Tanggai. Setelah itu, beliau telah digantikan oleh seorang perempuan bernama Datuk Rambut Panjang sebagai Undang Johol yang kedua. Beliau ini pula telah memerintah Johol selama tiga belas tahun dan meninggal dunia pada tahun 1760. Tempat beliau telah digantikan pula oleh Datuk Siti Awan II juga seorang perempuan. Beliau telah memerintah Johol sehingga tahun 1790.

sejarah asal usul johol dan undang johol

Setelah kematian beliau pada tahun 1790, Datuk Undang Johol yang keempat ialah seorang lelaki bernama Datuk Rambutan Jantan. Beliau menjadi Datuk Undang Johol selama 20 tahun sehingga tahun 1810. Sejak daripada itu, semua Datuk Undang Johol yang seterusnya adalah lelaki.

sejarah asal usul johol dan undang johol

Perlantikan Undang Luak Johol yang membawa gelaran Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan ini dipilih dari kalangan calon suku Biduanda waris (Dalam suku biduanda tiada suku biduanda waris, asal suku biduanda waris adalah waris toman tidak ramai yg tahu sejarah. Pelantikan adalah mengikut sistem giliran dari kalangan suku biduanda yang enam.) dan dipersetujui oleh Dato’ Batin serta Buapak yang Enam. Dato’ Jenang akan mengisytiharkan perlantikan Undang Luak Johol.

sejarah asal usul johol dan undang johol

Proses penggantian Undang baru adalah secara automatik daripada Timbalan Undang-Naik menjadi Undang sekiranya berlaku kemangkatan. Pengisytiharan akan dilakukan mengikut Adat Luak Johol iaitu “Undang Mati, Undang Menanam”. Bermaksud apabila sesaorang Undang itu meninggal dunia, pengisyitiharan Undang terus dilakukan dan kemudian barulah jenazah Undang tadi dikebumikan.

sejarah asal usul johol dan undang johol

Undang Johol yang ke-14 iaitu YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Haji Mohd Jan bin Abdul Ghani telah dilucutkan kuasanya melalui adat Johol yang unik. Beliau telah dipecat oleh Buapak Yang Enam atas kesalahan-kesalahan adat di luak Johol. Setelah pemecatan di lakukan seiring dengan kehendak adat iaitu ” patah tumbuh hilang berganti ” yang mana pemecatannya di lakukan atas kehendak dan lafaz “hilang berganti” maka dipersetujui dan muafakatlah seluruh anak buah, lembaga juga buapak dengan melantik Undang Johol ke -15 iaitu YTM Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammad Bin Hj. Abdullah.

Artikel berkaitan:
Sejarah Asal Usul Johol Dan Undang Johol
Sejarah Undang Johol Pertama

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.