Sebuah Asrama Tahfiz Ditutup Di Seremban Diarah Tutup

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

SEREMBAN – Tiada kunci pintu kecemasan dan asrama terlalu sempit antara penemuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan pada pemeriksaan mengejut di pusat tahfiz di sini, hari ini.

Pengarahnya, Norazam Khamis, berkata pada pemeriksaan bermula jam 3 petang itu, pihaknya mendapati murid dan warden sendiri, tidak mengetahui tempat simpanan kunci pintu menghubungkan bilik asrama dengan tangga kecemasan.

Katanya, selain itu, banyak lampu kecemasan yang menjadi panduan laluan keluar di premis itu tidak berfungsi, malah ada kawasan tangga tidak dilengkapi lampu berkenaan. Selain itu, Norazam berkata, pihaknya turut menemui seterika dan ubat nyamuk jenis lingkaran diletakkan berhampiran katil murid yang boleh menjadi penyebab kebakaran.

Secara keseluruhan, beliau berkata, mereka mendapati rumah kedai itu tidak sesuai dijadikan asrama kerana pemeriksaan turut mendapati setiap bilik menempatkan sehingga 20 pelajar berusia antara tujuh hingga 17 tahun, sekaligus menjadikan kawasan itu sempit dan kurang selesa

Sebuah Asrama Tahfiz Ditutup Di Seremban Diarah Tutup

PENGARAH Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis mengetuai pemeriksaan di pusat tahfiz di Seremban, hari ini. – Foto BH Online

“Kita akan mengeluarkan notis mengikut Seksyen 10 Akta Perkhidmatan Bomba 1988 kerana kesalahan tidak mematuhi notis menghapuskan bahaya kebakaran kepada pengurusan pusat tahfiz itu, Isnin ini. Kita berharap mereka dapat mematuhi garis panduan ditetapkan termasuk mengemuka pelan keselamatan kebakaran yang belum diserahkan sehingga kini,” katanya ketika mengetuai pemeriksaan itu di sini, hari ini.

Beliau berkata, pihak pengurusan juga diarahkan menutup asrama itu sehingga mereka dapat memastikan segala garis panduan keselamatan kebakaran dipatuhi.

Sementara itu, Norazam berkata, pihaknya akan memanggil semua pihak pengurusan sekolah agama dan pusat tahfiz yang berdaftar di negeri ini untuk sekali lagi diberi taklimat mengenai pelan keselamatan kebakaran, dalam masa terdekat.

Beliau berkata, pada 2015 dua pusat tahfiz masing-masing di Rembau dan Tampin dikenakan denda oleh mahkamah kerana dikesan gagal mematuhi arahan keselamatan ditetapkan.

Dalam lain sumber menyatakan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan akan mula memeriksa 31 sekolah agama dan tahfiz di negeri ini, semalam bagi meningkatkan tahap keselamatan. Ia berikutan susulan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat, Kuala Lumpur kelmarin yang mengorbankan lebih 20 nyawa. Pemeriksaan yang dilakukan tersebut bertujuan memastikan semua premis mematuhi ciri keselamatan bangunan yang ditetapkan.

Menurut Norazam Khamis, sebenarnya pemeriksaan tersebut adalah langkah biasa dilakukan jabatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Bagi tahun ini beberapa pemeriksaan sudah dibuat sejak beberapa bulan lalu terhadap premis-premis ini. Memandangkan beberapa kebakaran kerap berlaku baru-baru ini, pihaknya akan meningkatkan pemeriksaan itu.

Sebuah Asrama Tahfiz Ditutup Di Seremban Diarah Tutup

ANGGOTA JBPM Negeri Sembilan memeriksan keadaan di Yayasan As Sofa hari ini. – Foto Harian Metro

Norazam berkata, kebakaran yang seringkali berlaku di sekolah agama dikesan akibat lintar pintas, terutama membabitkan aspek pendawaian tanpa kebenaran.

Sumber – Berita Harian Online (15 September 2017 | 6:20pm); Harian Metro (15 September 2017 @ 6:33 PM)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.