Rumah Pusaka Puluhan Tahun Terbakar

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

TAMPIN, 9 Okt – Sebuah rumah pusaka berusia puluhan tahun tidak berpenghuni musnah terbakar dalam kejadian di Kampung Tenai-Ayer Gelugor, di sini, hari ini.

Susulan kejadian berkenaan, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Gemas diketuai Pegawai Bomba Kanan 11, Mohd Kassim Arippin bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada Januari pada jam 11.05 pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemas, Penolong Penguasa Bomba Syed Ammar Syed Abbas, pasukannya tiba di lokasi pada jam 11.25 pagi dan api sedang marak.

“Pasukan bomba mengambil masa 15 minit bagi mengawal kebakaran. Bagaimanapun, kediaman rumah separuh papan dan batu berkeluasan 40×80 kaki persegi itu musnah 100 peratus. Kita turut menerima bantuan dari anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bahau. Manakala, sebuah kereta jenis proton Iswara turut musnah terbakar,” katanya dalam satu kenyaaan, di sini, hari ini.

Syed Ammar berkata, punca dan jumlah kerugian bagaimanapun masih lagi dalam siasatan.

Sumber – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (9 OKTOBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.