Rumah Kosong Jadi Tempat Pembuangan Sampah

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

PORT DICKSON, 29 Jan – Sebut sahaja pangsapuri, akan tergambar blok bangunan yang menempatkan penduduk berpendapatan rendah dan satu lagi pandangan tipikal masyarakat adalah ia kawasan penempatan yang kotor.

Namun tidak adil jika mengatakan penghuni rumah berkenaan kotor, cuma sikap segelintir penghuni yang mengabaikan aspek kebersihan menyebabkan penempatan kawasan pangsapuri dipandang negatif.

Sebagai contoh apabila ada yang mengambil kesempatan menjadikan rumah kosong sebagai tempat pembuangan sampah, membiarkan haiwan peliharaan membuang najis di tangga, selain beberapa perbuatan negatif lain yang seolah-olah mengiakan pandangan serong tersebut.

Rumah Kosong Jadi Tempat Pembuangan Sampah

Pangsapuri Taman Harmoni yang berdepan dengan isu penempatan kotor. FOTO – Sinar Harian

Hakikatnya, inilah perkara yang berlaku di bangunan pangsapuri Taman Harmoni, Lukut.

Sewaktu lawatan mengejut Setiausaha MyPPP Bahagian Telok Kemang, B K Shantru dan barisan jawatankuasanya bersama Ketua Pemuda MCA Telok Kemang, Yeong Kun You ke pangsapuri berkenaan, perkara pertama dilihat adalah seorang kanak-kanak lelaki melucutkan seluar dan kencing berdiri di longkang hadapan rumah.

Rumah Kosong Jadi Tempat Pembuangan Sampah

Keadaan rumah kosong di tingkat dua yang penuh dengan pakaian dan perabot rosak dipercayai dibuang oleh penduduk. FOTO – Sinar Harian

Seorang penduduk yang enggan dikenali berkata, dia sudah lali dengan keadaan itu.

“Nak larang tak boleh sebab ibu bapanya juga tahu perbuatan anaknya. Nak ubah perangai tu memang susah, nak pindah rumah lain tak mungkin kerana tak mampu nak bayar sewa lagi mahal. Jadi duduk sahajalah di sini dan laluinya seperti biasa,” katanya.

Menurutnya lagi, masalah lain yang turut dihadapi di pangsapuri ini adalah wujud segelintir penduduk menjadikan rumah kosong di situ sebagai tempat pembuangan sampah.

Rumah Kosong Jadi Tempat Pembuangan Sampah

“Ada rumah kosong yang pintunya dah rosak. Jadi penduduk buang sampah seperti pakaian yang dah tak digunakan, perabot dan macam-macam lagi. Bau memang busuk lagi-lagi kawasan yang ada paip bocor. Ia menjadikan kawasan itu berair dan sangat kotor.

“Saya rasa yang buang sampah ini pun penduduk di sini juga. Takkan la orang luar pula nak datang sini naik tingkat dua dan buang sampah,” katanya.

MASALAH DIBAWA KEPADA MPPD

Sementara itu, B K Shantru berkata, pihaknya melakukan lawatan ke pangsapuri berkenaan selepas menerima aduan penduduk yang tidak senang sikap segelintir penghuni sehingga mengotorkan kawasan tempat tinggal.

Rumah Kosong Jadi Tempat Pembuangan Sampah

Rumah paling bawah juga menjadi tempat pembuangan pakaian yang tidak digunakan lagi selain kotor dan berbau busuk. FOTO – Sinar Harian

“Berdasarkan lawatan singkat ini memang jelas kawasan pangsapuri ini tidak bersih. Justeru, perkara ini akan dibawa ke pengetahuan Yang Dipertua MPPD (Majlis Perbandaran Port Dickson) dalam masa terdekat, untuk berbincang apa bentuk bantuan yang boleh salurkan.

“Terlebih dahulu saya akan bertemu dengan jawatankuasa pangsapuri ini bagi mendapatkan maklumat sebenar situasi di sini,” katanya.

Pangsapuri Taman Harmoni mempunyai lima tingkat dan sekitar 125 rumah dengan sebahagian besarnya tidak berpenghuni.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (29 JANUARI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.