Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat

Bagi mereka yang menggemari makanan barat dan pasta, anda bolehlah cuba mengunjungi Restoran Aunty Tartlets yang terletak di Dataran Centrio Seremban 2.

Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat

Khairul Amirah menunjukkan antara menu yang menjadi pilihan ramai.

Kedai yang dimiliki sepenuhnya oleh Bumiputera ini, menawarkan lebih 80 menu makanan barat, pasta, dan tidak ketinggalan masakan panas, nasi ayam penyet, masakan asam pedas dan banyak lagi.

Menurut pemiliknya, Khairul Amirah Abd Malek, 46, kedai makannya beroperasi sejak tiga tahun lalu, namun pada awal 2017 dia mula menumpukan sepenuh perhatian kepada masakan barat.

Katanya, permintaan terhadap masakan barat dan pasta adalah paling tinggi berbanding menu lain.

“Menu ‘killer’ di sini juga adalah berasaskan masakan barat misalnya western platter, spageti carbonara meatball, spageti fusions, dan banyak lagi. Dalam menu western platter ini, kita sediakan tiga menu utama makanan barat, iaitu lamb chop, chicken chop dan fish and chips, dalam satu pinggan besar dengan harga RM35 sahaja.

“Harga di sini sangat berbaloi dan berpatutan. Bagi yang baru pertama kali datang mereka pasti akan kembali sebab saiz hidangan kami adalah besar dan banyak tetapi harganya murah,” katanya kepada akhbar tempatan, Sinar Harian.

Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat

Restoran Aunty Tartlets beroperasi sejak tiga tahun lalu.
FOTO – Sinar Harian

Bermula dengan berniaga kecil-kecilan, kini restoran Aunty Tartlets mula dikenali ramai apabila keenakan makanannya mula menjadi sebutan.

Kelazatan dan keunikan makanan yang disediakan seperti makan di hotel, menyebabkan kedai ini menjadi tular dalam kalangan media sosial.

Katanya, dia sangat bertuah kerana Chef Hafiz Kamarudin, yang mempunyai pengalaman 11 tahun dalam dunia masakan, banyak membantu menaikkan kedainya.

“Chef kami sangat hebat, banyak resipi mahupun sos untuk pasta dibuat berdasarkan resipi sendiri. Gaya olahan dan campuran bahan masakan yang sempurna telah menghasilkan rasa yang sangat enak, hanya boleh dapat di kedai kami,” katanya.

Restoran ini dibuka setiap hari, bermula jam 11 pagi sehingga 12 malam. Western platter menggabungkan tiga menu iaitu lamb chop, chicken chop dan fish and chips pada harga RM35. Jom tengok sikit menu-menu yang terdapat di restoran Aunty Tartlets ni;

Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat

Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat

Kek dan Kuih beraneka jenis donat turut menjadi menu utama disini.

Restoran Aunty Tartlets Seremban, Pikat Selera Menu Barat

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (11 MAC 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.