Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Rembau Crystal atau Kompleks Perkampungan Kristal Rembau merupakan salah satu tarikan unik yang terdapat di Rembau, Negeri Sembilan. Kompleks yang dibina diatas tapak berkeluasan 3.5 hektar ini menawarkan pelbagai produk daripada kristal antaranya seperti barangan hiasan rumah, aksesori, mangkuk, pasu, arca dan sebagainya.

Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia

Kompleks yang dibuka pada tahun 2007 ini asalnya adalah sebuah rumah rehat yang telah mula wujud sejak sekitar tahun 1970an. Walaubagaimanapun kawasan ini kemudiannya mula terbiar kerana tiada siapa yang mahu menguruskannya. Sehinggalah pada tahun 2007, kerajaan negeri mula membersihkan kawasan ini dan mendapati, struktur bangunan kompleks ini masih kukuh. Selain itu, seni binanya yang berkonsepkan Minangkabau sememangnya menjadi identiti Negeri Sembilan dan berpotensi dijadikan tarikan pelancongan yang baharu. Dari situlah mula ideanya untuk mewujudkan kompleks Rembau Crystal di tapak tersebut.

Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia

Kompleks yang dibangunkan secara usahasama di antara Rembau Crystal Sdn. Bhd. dan Yayasan Negeri Sembilan (YNS) ini menempatkan galeri pameran, pusat jualan produk serta bengkel penghasilan produk kristal. Ia juga mendapat saranan daripada Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan sendiri dimana beliau mahukan setiap daerah di negeri ini mengeluarkan satu produk yang unik dimana untuk Rembau beliau mencadangkan produk kristal.

Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia

Produk-produk kristal yang dihasilkan di kompleks ini amat berkualiti tinggi dan berbeza dengan kristal-kristal yang dijual di pasaran tempatan yang kebanyakannya diimport dari China. Namun, ia setanding dengan kristal dari Langkawi. Bahan mentah yang digunakan oleh kompleks ini juga berkualiti tinggi dimana ia diimport dari Belanda bagi menjamin kualiti produk.

Pasaran Rembau Crystal lebih tertumpu kepada tempahan daripada jabatan-jabatan kerajaan dan syarikat-syarikat korporat yang mahu menjadikan produk kristal sebagai cenderahati mereka. Produk keluaran kompleks itu juga tidak dijual di pasaran luar dan mereka yang berminat bolehlah membuat tempahan di sana.

Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia

Antara cenderamata paling berharga pernah dihasilkan di sini ialah replika binaan Istana Besar Seri Menanti yang dijadikan hadiah buat Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sewaktu hari keputeraan baginda pada tahun 2013.

Selain itu, Rembau Crystal juga pernah diberi kepercayaan untuk menghasilkan 15 set lampu candelier untuk Istana Johor yang juga merupakan antara projek perkampungan kristal itu yang paling bermakna.

Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia

Selain daripada melihat serta membeli produk kristal disini, pengunjung juga berpeluang untuk melihat sendiri proses penghasilan kristal sama ada kristal yang dicampur kaca atau kristal asli. Bagi kristal yang dicampurkan dengan kaca, harganya lebih murah berbanding kristal asli, namun tetap kelihatan cantik dan mewah sama seperti kristal asli.

Rembau Pusat Pembuatan & Penjualan Kristal Terbesar Di Malaysia

Bagi mereka yang berminat untuk mengunjungi tempat ini bolehalah datang ke Rembau Crystal yang terletak di Kampung Senama, Rembau (2.592724, 102.096194). Kompleks ini beroperasi dari pukul 9 pagi hingga 5 petang (Isnin hingga Jumaat) dan pukul 9 pagi hingga 4 petang (Sabtu dan Ahad).

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.