Remaja Lepasan Sekolah Maut Dalam Kemalangan Motosikal

SEREMBAN, 12 Mac – Seorang remaja lelaki yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat di Jalan Seremban-Kuala Pilah di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.55 pagi itu, mangsa yang berusia 17 tahun meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak ke dalam lubang bersebelahan Sekolah Kebangsaan Paroi di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superitendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis NBM Naza dan bersama seorang rakannya dalam perjalanan dari arah Persiaran Cengal menuju ke Jalan Kuala Pilah.

“Siasatan awal mendapati, sebaik saja sampai di lokasi sebuah kereta Produa Myvi yang dalam perjalanan dari Bahau menuju ke Kuala Lumpur hilang kawalan lalu melanggar motosikal mangsa. Kejadian itu mengakibatkan mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Remaja Lepasan Sekolah Maut Dalam Kemalangan Motosikal

Mangsa kemudian tercampakke dalam lubang bersebelahan Sekolah Kebangsaan Paroi

Menurutnya, pembonceng motosikal dan pemandu kereta lelaki berusia 20 tahun bagaimanapun selamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Beliau berkata, kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini, untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Remaja Lepasan Sekolah Maut Dalam Kemalangan Motosikal

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (12 MAC 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.