Punca Siswa Culik Budak Di Port Dickson

PORT DICKSON, 18 Ogos — Polis menahan tiga pelajar untuk membantu siasatan kes melarikan kanak-kanak sembilan tahun ketika ibu bapa mangsa sedang tidur.

Punca Siswa Culik Budak Di Port Dickson

DUA pelajar yang ditahan reman selepas disyaki menculik seorang kanak-kanak perempuan dibawa ke Mahkamah Khas (Reman) di Rasah rabu lepas. – UTUSAN ONLINE

Tindakan mereka dipercayai bermotifkan dendam kerana ibu kanak-kanak itu sering menangkap mereka merokok, lapor Kosmo! yang memetik sumber. Wanita itu bertugas sebagai penyelia Politeknik Port Dickson di sini dan tinggal di kuarters institusi pengajian tersebut.

Dua suspek, ditangkap sewaktu membeli tiket wayang di Seremban pada Selasa, yang berusia 21 dan 18 tahun direman masing-masing enam dan empat hari. Suspek berusia 17 tahun ditahan di Taman Margosa, Seremban semalam adalah pelajar sekolah menengah di sini.

Polis membawa tiga suspek ke sebuah rumah di Bandar Springhill yang dijadikan lokasi penculikan petang semalam. Kanak-kanak itu, hilang dari rumah keluarganya awal pagi Isnin, dihantar pulang selepas 15 jam dilarikan dengan ditinggalkan dekat pintu politeknik itu.

Bapanya Fazil Abdullah dilaporkan berkata anaknya terpaksa mengikut arahan lelaki yang mengacu pisau sebelum keluar melalui pintu belakang.

Mangsa kemudiannya dipaksa masuk kereta di luar kawasan kuarters sebelum dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui, tambahnya. Anaknya memberitahu kedua-dua tangan dan kaki diikat, kata Fazil lagi.

Sumber – themalaymailonline (18 Ogos 2017); Utusan Online (16 Ogos 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.