Pokok Getah Pertama Di Negeri Sembilan

Pada bulan Jun 1877, sebanyak 22 biji getah dari Kew Gardens di England dihantar ke Botanic Gardens, Singapura. Daripada 22 biji getah itu, 9 dihantar ke Kuala Kangsar, Bandar diraja Perak. Sebanyak 11 biji getah disemai di Botanic Gardens dan baki 2 biji lagi berkemungkinan ditanam di Melaka dan Negeri Sembilan.

Salah satu daripada biji getah yang dibawa ke Negara ini oleh Sir Henry Nicholas Ridley, pelopor dalam industri getah di Malaya, masih hidup segar di kawasan Jabatan Tanah dan Galian Kuala Kangsar. Ia ditanam di situ pada 1877 dan dikatakan salah satu daripada dua pokok getah (Hevea Brasiliensis) tertua di negara ini. Salah satu biji ditanam di persekitaran kawasan Taman Tasik Seremban iaitu berdekatan dengan Galeri Di Raja Tuanku Jaafar, Seremban

Pokok Getah Pertama Di Negeri Sembilan

Pokok getah pertama di Negeri Sembilan mempunyai lilitan batang pokok sepanjang 3.5 meter.

Pokok getah yang dibawa oleh British ke Malaya bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian tanaman berkenaan di rantau ini. Disebabkan tumbesarannya yang sempurna, pokok getah di Taman Tasik Seremban telah berjaya meyakinkan pihak British untuk membuka ladang getah pertama Negeri Sembilan iaitu Linsum estet di Rantau.

Linsum estet telah dibuka oleh Bapa Perusahaan Getah Asli di Malaya iaitu Thomas H. Hill dengan keluasan 1,600 ekar pada tahun 1883. Ladang yang diuruskan oleh syarikat Anglo-Malay Rubber Company kemudian berkembang sehingga menjadi salah satu pengeluar getah utama di negara ini.

Pokok Getah Pertama Di Negeri Sembilan Dijumpai

Pokok getah pertama yang terletak bersebelahan dengan Galeri Di Raja Tuanku Jaafar, Seremban

Negeri Sembilan ialah salah satu daripada tiga Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang tanaman getahnya berkembang pantas. Dua lagi Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah Perak dan Selangor. Menjelang 1920, Malaya sudahpun mengeluarkan lebih separuh daripada getah dunia, dan getah masih merupakan tanaman penting di rantau ini hinggalah sekarang.

Berdasarkan kajian Pasukan Majlis Perbandaran Seremban mendapati pokok getah tersebut dipercayai telah berusia 120 tahun dengan ukur lilitan batang pokok berkenaan sepanjang 4.5 meter dan berketinggiaan 25 meter. Pokok getah tersebut yang terletak bersebelahan dengan Galeri Di Raja Tuanku Jaafar, Seremban ini di buka untuk lawatan untuk pelancong dalam dan luar Negara. Jom lawati produk pelancongan yang baharu ini.

Kredit – Facebook Majlis Perbandaran Seremban Negeri Sembilan

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.