Pesara Tentera Maut Motosikal Rempuh Kereta Di Port Dickson

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

PORT DICKSON – Seorang pesara tentera, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di kilometer 22.4 Lebuh Raya Seremban Port Dickson (SPDH) arah Port Dickson ke Seremban, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, ketika kejadian pada jam 11.50 itu, mangsa, Hamusid Che Hassan, 49, yang menunggang motosikal bersendirian terlibat kemalangan dengan sebuah kereta jenis Proton Waja.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah motosikal melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berada di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan.

Pesara Tentera Maut Motosikal Rempuh Kereta Di Port Dickson

“Kejadian mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian dalaman badan dan disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan. Sementara pemandu kereta, seorang lelaki berusia 20 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zainudin berkata, mayat mangsa maut dihantar ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – Sinar Harian (30 OGOS 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.