Perubahan Pada Sendayan, Dahulu dan Sekarang

“DULU lain, sekarang lain,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sendayan, Mohd Yusof Ismail, 73, tatkala mengimbau kembali perubahan dialami kawasan terbabit sebelum dan selepas menerima limpahan pembangunan hingga bergelar Bandar Sri Sendayan.

Menggalas jawatan itu sejak 1996 hingga kini kecuali antara 2002 dan 2003, Mohd Yusof berkata, paling ketara selain kemunculan pelbagai kemudahan disifatkan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan adalah sistem jalan raya yang lebih kondusif.

Perubahan Pada Sendayan, Dahulu dan Sekarang

Mohd Yusof dan cucunya, Siti Aisyah Ismail, 9, membelek foto lama Kampung Sendayan yang masih dalam simpanannya. – Foto Sinar Harian

Menuruntnya sekiranya hendak dibandingkan dengan dahulu, setiap kali hendak ke ke bandar Seremban perlulah menggunakan laluan lama, sama ada melalui Jalan Labu atau Jalan Rasah. Jaraknya pula agak jauh iaitu lebih kurang 20 kilometer dari Kampung Sendayan. Jalan Kayu Ara pula masa tu masih lagi berbentuk laluan kecil dan bukannya seperti sekarang.

Tapi apabila kawasan ini semakin membangun, maka jalanraya pun turut sama dinaik taraf pada tahun 2000. Dengan ini ia memudahkan mereka yang ingin melalui Jalan Bukit Nanas yang jaraknya lebih kurang 10 kilometer saja ke Seremban.

Dalam masa yang sama, kawasan berhampiran juga turut mendapat tempias ang sama hasil daripada nikmat pembangunan yang dikecapi oleh Kampung Sendayan. Apabila sistem jalan sudah bertambah baik, maka lebih mudah orang ramai hendak ke Kampung LBJ. Impaknya, kawasan di situ pun sama naik dengan Kampung Sendayan sehinggakan kawasan ini menjadi sebuah hab pendidikan.

Harga Rumah Semakin Meningkat

Menurutnya lagi, apa yang paling menguntungkan penduduk sudah semestinya pemilikan rumah banglo setingkat dan tanah berkeluasan 0.8 hektar (2 ekar) diperoleh daripada kerajaan negeri.

“Itu kira macam pelaburan jangka panjang memandangkan nilai rumah dan tanah yang kami dapat dah meningkat berkali ganda. Dulu nilai rumah tu seunit cuma sekitar RM240,000, manakala tanah dua ekar pula lebih kurang RM390,000. Difahamkan berdasarkan harga pasaran semasa, nilainya sekarang dah mencecah RM700,000 dan tanah pula lebih RM1 juta,” katanya.

Kemajuan pesat di Bandar Sri Sendayan turut memberi impak terhadap kuasa beli penduduk kampung terutama melibatkan kenderaan. Ini kerana satu masa dulu, memang penduduk banyak bergantung pada perkhidmatan bas awam.

Perubahan Pada Sendayan, Dahulu dan Sekarang

Foto Sinar Harian

Tetapi jumlah yang menggunakannya semakin berkurang sekitar era 90-an. Dan yang paling ketara apabila penduduk sudah menerima duit pampasan daripada kerajaan. Cuma hanya seorang dua saja yang menggunakan bas awam setiap hari.

[ARTIKEL SETERUSNYA: Penduduk Sendayan Masih Merindui Suasana Kampung Dahulu]
[ARTIKEL SEBELUM INI: Sendayan Daripada FELDA kepada Sebuah Bandar]

Sumber – Laporan daripada Sinar Harian (11 OKTOBER 2017)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.