Perbilangan Mengenai Harta Dalam Adat Perpatih Negeri Sembilan

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

Apabila kita membicarakan mengenai harta dan hak suami isteri di dalam masyarakat Adat Perpatih, perbilangan ini sering digunakan.

Carian bahagi,
Bawaan kembali,
Dapatan tinggal

Perbilangan ini menerangkan sekiranya berlaku penceraian harta sepencarian akan dibahagikan mengikut hukum syarak. Harta bawaan bermaksud harta yang diperolehi oleh suami sebelum bernikah akan dikembalikan kepada suami. Harta ini adalah hak sepenuhnya. Manakala harta dapatan merujuk kepada harta pusaka isteri yang diwarisi secara turun temurun seperti tanah adat.

Perbilangan Mengenai Harta Dalam Adat Perpatih Negeri Sembilan

Namun ada perbilangan lain berkaitan dengan harta apabila bercerai iaitu:-

Carian tak boleh dibahagi,
Bawaan tak boleh kembali,
Dapatan tak boleh tinggal

Yang bermaksud;

1. Carian Tak Boleh Bahagi
Bermaksud anak-anak yang dilahirkan sepanjang perkahwinan tidak boleh dibahagi. Hak menjaga anak diletakkan pada isteri. Anak-anak akan kekal bersama-sama suku ibunya.

2. Bawaan Tak Boleh Kembali
Merujuk kepada mas kahwin yang diberikan kepada isteri semasa akad nikah. Mas kahwin tidak boleh dituntut atau diambil semula oleh suami selepas bercerai.

3. Dapatan Tak Boleh Tinggal
Bermaksud barangan peribadi suami seperti pakaian atau peralatan tidur yang dibeli dalam perkahwinan tidak boleh ditinggalkan. Ia perlu dibawa pergi.

Perbilangan yang sama boleh digunakan dalam situasi yang sama tetapi di dalam bentuk berbeza.

SUMBER – Dipetik daripada perkongsian Facebook Nagari Nan Tuo

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.