Perbezaan Pentadbiran Moden Dan Adat Di Negeri Sembilan

Negeri Sembilan pada hari ini dibahagikan kepada dua sistem pentadbiran iaitu Pentadbiran Politik Moden dan Pentadbiran Adat. Dalam pentadbiran politik moden, Negeri Sembilan mempunyai 7 buah daerah iaitu Seremban, Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Jempol, dan Tampin.

Dalam Pentadbiran adat pula, Negeri Sembilan mempunyai beberapa luak adat iaitu Seri Menanti, Tampin, Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau, Ulu Muar, Jempol, Terachi, Gunung Pasir, Inas, Gemenceh, Ayer Kuning dan Linggi. Teraju politik tertinggi di Negeri Sembilan ialah Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Perbezaan Pentadbiran Moden Dan Adat Di Negeri Sembilan

Kawasan pentadbiran moden di Negeri Sembilan

Perbezaan Pentadbiran Moden Dan Adat Di Negeri Sembilan

Kawasan pentadbiran Adat di Negeri Sembilan

Kemasukan penjajah pada akhir abad ke-19 telah mewujudkan dua sistem pentadbiran ini iaitu pentadbiran birokrasi moden dan sosiopolitik adat di Negeri Sembilan. Birokrasi moden membahagikan Negeri Sembilan kepada daerah yang dipecahkan kepada mukim, manakala sosiopolitik adat mengekalkan strukturnya.

Namun pentadbiran adat, adat istiadat dan agama sahaja. Malah, pemimpin adat juga hilang kuasa dalam pewarisan harta tanah adat kerana kuasa terletak di tangan pegawai daerah dan datuk adat hanya berfungsi sebagai penyiasat dan saksi.

Penghulu atau Undang pula hanya teribat jika kes pewarisan tanah ini menemui masalah dan harus dibawa ke peringkat rayuan. Pada tahun 1959, institusi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang yang Empat telah dijadikan sebahagian daripada Perlembagaan Negeri Sembilan. Melalui Perlembagaan ini diwujudkan dewan tertinggi adat yang dinamakan Dewan Keadilan dan Undang. Oleh itu, kuasa mutlak pemimpin adat telah diambil alih oleh kerajaan moden.

Pemisahan antara Negeri dan Adat:

  • Yang di-Pertuan Besar, Undang dan Penghulu Luak mempunyai juradiksi atas agama dan adat sahaja.
  • Pemisahan antara undang-undang sivil dan undang-undang adat; dengan undangundang sivil mengatasi undang-undang adat.

Konsep raja di Negeri Sembilan adalah orang yang dijadikan raja dan diberi gelaran Yang di-Pertuan Besar. Negeri Sembilan mempunyai Yang di-Pertuan Besar pada awal abad ke-18 Masihi. Untuk tempoh selama lebih kurang seabad, raja-raja Negeri Sembilan dibawa dari Pagar Ruyung dan Minangkabau seperti kata perbilangan;

Perbezaan Pentadbiran Moden Dan Adat Di Negeri Sembilan

Yang di-Pertuan Besar terakhir dari Pagar Ruyung telah dipecat dan bermula dari tarikh itu, anak raja tempatan berketurunan Yang di-Pertuan Pertama (Raja Radin ibni Raja Lenggang) telah dilantik dan ditabalkan. Apabila institusi ini ditubuhkan, gelaran raja Negeri Sembilan adalah Yang di-Pertuan Besar Seri Menanti.

Perbezaan Pentadbiran Moden Dan Adat Di Negeri Sembilan

Raja-raja yang dijemput dari Pagaruyung dan Raja Tempatan yang daripada keturunan Raja Radin ibni Raja Lenggang.

Baginda hanya berkuasa di Seri Menanti dan luak-luak sekitarnya yang dikenali sebagai Luak Tanah Mengandung. Pada akhir abad ke-19 Masihi, iaitu sebelum penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, gelaran baginda telah ditukar menjadi Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas persetujuan Undang Yang Empat. Seperi kata perbilangan;

Perbezaan Pentadbiran Moden Dan Adat Di Negeri Sembilan

SUMBER – Dipetik daripada SEJARAH PENGAMALAN ADAT PERPATIH DI NEGERI SEMBILAN (ROSISWANDY BIN MOHD. SALLEH, Muzium Adat Jelebu, Negeri Sembilan)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.