Penunggang Motosikal Maut Rempuh Tiang Telekom

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

KUALA PILAH, 8 Mac – Seorang remaja maut setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 2 jalan Kuala Pilah-Tampin berhampiran kampung Bukit Temensu, malam tadi.

Mangsa, B Narendran, 24, penunggang motosikal parah di bahagian kepala, manakala pembonceng seorang kanak-kanak, N Theepan, 9, mengalami luka di bahagian mulut dan tangan.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superitendan Haslah Bachok berkata, polis menerima panggilan kecemasan jam 9.20 malam dan bergegas ke lokasi kemalangan.

Penunggang Motosikal Maut Rempuh Tiang Telekom

Keadaan motosikal mangsa yang terbabit dalam kemalangan

“Hasil siasatan mendapati, mangsa menunggang motosikal Demak DVS 110 dipercayai dari arah Gentam ke Senaling. Bagaimanapun, setibanya di lokasi, motosikal ditunggangi mangsa hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang Telekom hingga patah.

“Akibat rempuhan itu, mangsa mengalami parah di bahagian kepala dan paramedik telah mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kemalangan. Manakala kanak-kanak itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan susulan. Mayat Narendran dibawa ke unit forensik HTAN untuk dibedah siasat,” katanya.

Katanya, motosikal mangsa mengalami kerosakan dan remuk di bahagian sisi kiri dan dihantar ke Puspakom untuk melakukan pemeriksaan.

Jelasnya, saksi kejadian diminta untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Pilah atau ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (8 MAC 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.