Penunggang Motosikal Maut Dengan Keadaan Putus Kaki Kanan

SEREMBAN, 12 Nov – Seorang penunggang motosikal maut dengan kaki kanan terputus pada bahagian paha, dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), arah selatan di Senawang di sini, awal pagi tadi.

Penunggang Motosikal Maut Dengan Keadaan Putus Kaki Kanan

Penunggang motosikal maut akibat kecederaan pada kepala dan kaki kanan terputus dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Senawang, Seremban, awal pagi tadi

Dalam kejadian jam 2.20 pagi itu, Muhamad Faizal Eddley, 22, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikalnya dipercayai gagal dikawal, sebelum melanggar sebuah motosikal lain yang menghala ke arah sama, di lorong kiri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh, berkata motosikal mangsa kemudian terbabas lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan dia terjatuh dan cedera parah pada kepala serta kaki kanan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, seorang lagi penunggang motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu hanya mengalami kecederaan ringan akibat terjatuh daripada motosikal.

Penunggang Motosikal Maut Dengan Keadaan Putus Kaki Kanan

Antara motosikal yang terlibat dalam kemalangan ini.

Sumber – Petikan berita daripada Berita Harian Online (12 November 2017 | 2:10pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.