Pengundi Cilik SK Pasoh 2 Memilih Pemimpin Mereka

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

PASOH, 16 Mei – Selesai PRU 14, rakyat sudah memilih pemimpin, kini tiba pula giliran pengundi cilik memilih pemimpin kesukaaan mereka sepertimana PRU sebenar.

Pengundi Cilik SK Pasoh 2 Memilih Pemimpin Mereka

Seramai 183 murid Sekolah Kebangsaan Felda Pasoh 2 , bermula prasekolah hingga tahun enam menyertai proses pengundian tersebut semalam .

Proses mengundi ini boleh dikatakan unik dan kreatif untuk Anugerah Khas sempena sambutan Hari Guru hari ini melalui situasi sebenar sepertimana PRU.

Guru Besarnya, Mazda Ujang berkata, menariknya, mereka turut mencelup jari dengan dakwat look-alike agar tiada murid yang mengundi dua kali secara tidak lansung memberikan keseronokan dan pengalaman baharu.

Pengundi Cilik SK Pasoh 2 Memilih Pemimpin Mereka

“Proses membuang undi ini dilaksanakan selama 1 jam 20 minit iaitu bermula jam 10.20 pagi hingga 11 pagi.

“Idea itu dicetus oleh Kelab Guru dan kakitangan sekolah, tidak lain untuk memeriahkan sambutan Hari Guru. Namun secara amnya kita beri pendedahan pengalaman dalam situasi mengundi seterusnya mendidik murid tentang hak dan demokrasi dalam memilih,” katanya kepada Sinar Harian.

Pengundi Cilik SK Pasoh 2 Memilih Pemimpin Mereka

Manakala akhbar Sinar Harian melaporkan sudah pasti suasana PRU itu semestinya mendebarkan semua ‘calon’ susulan murid-murid yang bertanding mempunyai keistimewa tersendiri.

Gambar calon turut dipaparkan sebagai panduan murid murid dalam memilih calon kegemaran.

Pengundi Cilik SK Pasoh 2 Memilih Pemimpin Mereka

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (16 MEI 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.