Pengakalan Udara TUDM Di Sendayan Sedia Beroperasi

PORT DICKSON, 10 Mac – Pangkalan Udara (PU) Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dibina di Sendayan, di sini tahun lalu sudah siap dan boleh digunakan sepenuhnya.

(Gambar Atas) Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan bergambar bersama Panglima Angkatan Tentera Darat Tan Sri Zulkiple Kassim dan anggota Tentera Darat selepas menyaksikan demonstrasi keupayaan Tentera Darat sempena sambutan Hari Tentera ke-85 di Pantai Saujana. FOTO – Berita Harian

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata proses pemindahan anggota akan dibuat secara berperingkat.

“Kerja pembinaan PU Sendayan sudah siap dan anggota akan masuk secara berfasa. Kita tidak mahu mengganggu persekolahan anak anggota dan dan mereka akan berpindah secara berkumpulan,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Demonstrasi Keupayaan Tentera Darat di Pantai Saujana, di sini, hari ini.

Hadir sama Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Zulkiple Kassim dan pegawai kanan pasukan berkenaan.

Mohamad berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan meninjau PU Sendayan pada 16 Mac ini dan dijangka mengumumkan sesuatu.

Dalam perkembangan berkaitan pasukan tentera katanya, kerajaan negeri menzahirkan kesyukuran berikutan negeri ini memiliki banyak kem.

“Negeri Sembilan bertuah memiliki banyak ketumbukan kem tentera antaranya Pusat Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson, Kem Syed Sirajuddin di Gemas selain beberapa kem di Seremban. Saya berbangga dengan pencapaian Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya pasukan anggota tentera darat. Mereka memiliki aset pada tahap tinggi malah kemahiran anggota bertaraf profesional,” katanya.

Mohamad menyifatkan anggota tentera adalah aset berharga kerana mereka pakar dalam mempertahankan neagra.

SUMBER – Petikan berita daripada Berita Harian Online (10 March 2018 | 3:38pm)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.