Penduduk Taman Woon Bimbang Rumah Roboh

satu program percuma khas oleh orangnogori.com

TAMPIN, 19 Apr – Penduduk di Taman Woon di sini, meluahkan kebimbangan apabila kediaman mereka terutamanya di bahagian belakang rumah semakin mendap sedikit demi sedikit sejak hampir 10 tahun lalu.

(Gambar atas) Dari kanan; Sau Fat, Veerapan dan Hasan ketika menunjukkan keadaan longkang yang pecah dan tidak diselenggara di Taman Woon, semalam.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi mendapati terdapat retakan, rekahan tebing dan mendapan di bahagian belakang rumah penduduk.

Salah seorang penduduk, Yip Sau Fat, 61, berkata dia sudah menetap di taman perumahan itu sejak hampir 30 tahun lalu dan berasa kesal apabila terpaksa membuat banyak aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersihkan longkang di belakang rumah.

“Rumput panjang, air pun tak boleh mengalir dengan lancar. Bahkan, longkang pun dah pecah dan tanah makin mendap, tunggu masa nak runtuh. Dulu saya ada buat aduan pada banyak pihak tapi masalah ini tak selesai. Kalau ikut di sini, enam daripada lebih 10 buah rumah rosak di bahagian belakang rumah.

“Oleh itu, saya harap sangat pihak bertanggungjawab turun padang tinjau masalah ini demi keselamatan penduduk lebih-lebih lagi bagi rumah yang longkangnya sudah pecah,” katanya.

Penduduk Taman Woon Bimbang Rumah Roboh

Sau Fat berkata demikian Sinar Harian ketika ditemui dalam lawatan pemimpin Pakatan Harapan (Harapan) Tampin di Taman Woon, di sini, semalam.

Sementara itu, Adun Repah, S Veerapan berkata, pihaknya menerima aduan berkenaan sejak dua tahun lalu dan telah membawa permasalahan tersebut ke dalam Dun untuk kerja-kerja naik taraf longkang.

Menurutnya, projek naik taraf tidak dapat dilaksanakan susulan masalah peruntukan masih belum diperoleh lagi oleh PBT.

“Pihak PBT ada mengambil tindakan membersihkan kawasan longkang ini tetapi tindakan berkenaan tidak memadai kerana longkang ini perlu dinaik taraf. Penduduk semakin hari semakin bimbang jika bahagian belakang rumah mereka runtuh. Kita harap PBT dapat mengambil tindakan susulan aduan penduduk ini demi keselamatan penduduk.

Turut hadir, bakal calon kerusi Parlimen Tampin PRU14, Dr Hasan Baharom dan Ketua Amanah Tampin, Latif Tambi.

SUMBER – Petikan berita daripada Sinar Harian Online (19 APRIL 2018)

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangnogori.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.